Bagaimana Nikah Muta’ah Terjadi? (Siri 6 – Akhir)

…sambungan

Penutup:
Sebagai penutup, elok kita melihat pandangan cendikiawan syiah sendiriyang berusaha sedaya upaya untuk memperbetul dan memurnikan ajaransyiah termasuklah nikah muta’ah. Beliau ialah Dr.Musa Al-Musavi.  Dalam bukunya “As-Syiah wa at-Tashih” beliau menulis:

“Bahawa Islam datang untuk memuliakan manusia sebagai yang tertera didalam firman Allah yang bermaksud; “Sesungguhnya kami telah memuliakanmanusia” (al- isra’:70) dan Rasulullah saw pernah bersabda;”Sesungguhnyaaku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Adakah Islam menentukan peraturan-peraturan yang mengharuskan kebebasan seks yang menjatuhkan maruah perempuan dengan meletakkannya disatu tempat yang tidak dapat kita temui walaupun di dalam masyarakat yang mengamalkan “libertinism” disepanjang sejarah? Tidak dapat kita temui juga di dalam istana Louis ke 14 di Versailes, Peranchis ataupun di dalam mahligai-mahligai sultan-sultan Turki dan maharaja-maharaja Parsi.

Manusia yang disebut dalam ayat al-quran yang mulia itu merangkumi lelaki dan perempuan. Akhlak yang dibawa oleh Rasulullah saw itu pula adalah untuk menyempurnakan kedua-dua jenis manusia lelaki dan perempuan.Bagaimana mungkin seseorang itu dapat menjaga kehormatannya dan terpelihara akhlaknya dengan adanya undang-undang muta’ah ini? Apa yangdinikmati oleh perempuan dari peraturan dan undang-undang muta’ah ini hanyalah kehinaan dan kehilangan maruahnya apabila ia dianggap sebagai matabenda yang boleh ditimbunkan oleh lelaki tanpa had. Perempuan yang telah dimuliakan oleh Allah sebagai ibu yang melahirkanlelaki-lelaki dan wanita-wanita agung dengan memberikan darjat yang tidak diberikan kepada orang lain. Justru ia meletakkan syurga dibawah tapak kakinya
sebagaimana sabda Nabi saw.

“Syurga itu berada dibawah telapak kaki ibu”.

Layakkah ia menghabiskan waktunya di dalam pangkuan lelaki, seorang demi seorang, atas nama syariat Muhammad?

(As-Syiah wa at-Tashih hal.109 dan 111).

Demikianlah pandangan seorang cendekiawan syiah tentang muta’ah yang fitrah kemanusiannya masih suci dan belum ternoda lagi. Tetapi apakan daya, usaha-usahanya itu akan hilang dengan sia-sia dan akan menjadi debu yang berterbangan kerana konsep muta’ah itu sudah sebati dan menjadi darah daging ajaran syiah yang tidak mungkin dipisahkan lagi.

Di hadapan kita sekarang hanya ada satu jalan sahaja yang dapat menyelamatkan kehormatan wanita khususnya dan kemanusiaan amnyaiaitulah jalan ahli sunnah wal jamaah.

… TAMAT …

Disiar semula dengan adaptasi:

Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

One thought on “Bagaimana Nikah Muta’ah Terjadi? (Siri 6 – Akhir)

  • April 19, 2010 at 11:09 am
    Permalink

    salam,alhamdulillah,trm kasih ,penerangan yang berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *