Bagaimana Nikah Muta’ah Terjadi? (Siri 4)

..sambungan

Perbezaan antara perkahwinan menurut ahli sunnah dengan perkahwinan cara muta’ah.

Berikut disenaraikan beberapa perbezaan penting di antara perkahwinan yang sah menurut ahli sunnah dengan perkahwinan cara muta’ah yang diharamkan oleh Islam tetapi digalakkan oleh syiah.

Perkahwinan menurut Ahli Sunnah selain Syiah Perkahwinan secara Muta’ah menurut Syiah
1- Perkahwinan ini terjadi dengan sighah atau lafaz aqad nikah di hadapan wali dan 2 orang saksi. 1- Perkahwinan terjadi dengan aqad muta’ah walaupun tanpa wali dan saksi.
2-Suami bertanggungjawab menanggung nafkah isteri termasuk tempat tinggal dan sebagainya. 2- Lelaki bebas dari menanggung sebarang nafkah terhadap isteri.
3-Seseorang lelaki tidak harus menghimpunkan lebih daripada 4 orang isteri dalam satu masa dengan syarat yang rumit dan sukar pula. 3-Seseorang lelaki harus menghimpunkan seramai mana perempuan yang diingininya tanpa syarat.
4-Perempuan akan mewarisi harta suami bila dia meninggal. 4-Isteri tidak berhak mendapat harta pusaka daripada suami.
5-Persetujuan bapa merupakan satu syarat bagi sahnya perkahwinan anak dara. 5-Persetujuan bapa tidak merupakan syarat dalam semua keadaan.
6-Tempoh perkahwinan berterusan selagi suami isteri itu hidup dan tidak berlaku penceraian. 6-Tempoh perkahwinan mut’ah mungkin setengah jam, sehari, seminggu mengikut apa yang dilafazkan oleh seorang lelaki.

Berikut disertakan pula perbezaan penceraian (talak) antara perkahwinan menurut Ahli Sunnah dan perkahwinan secara muta’ah.

Keadaan Talak menurut Ahli Sunnah Keadaan Talak menurut nikah Muta’ah
1-Penceraian berlaku apabila lelaki melafazkan talak dengan sedar, pilihan sendiri dan bukan dengan dipaksa. 1-Penceraian berlaku apabila habis tempoh yang disebutkan dalam aqad.
2-Edah talak bagi perempuan yg ditalak- tiga kali suci atau tiga kali haid (khilaf ulama’). 2-Edah penceraian ialah seperti edah hamba iaitu separuh daripada edah orang merdeka.
3-Wajib bagi suami menanggung nafkah isteri semasa edahnya. 3-Seseorang bebas daripada sebarang nafkah terhadap isteri semasa edahnya.

bersambung…
Disiar semula dengan adaptasi:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

One thought on “Bagaimana Nikah Muta’ah Terjadi? (Siri 4)

  • January 17, 2011 at 9:49 pm
    Permalink

    nikah mutaah adalah nikah yang telah diharamkan oleh Nabi selepas peperangan khaibar pada tahun ke-6 hijrah n pengharamannya adalah sehingga hari kiamat dan terdapat hadis yang memansuhkan hadis yang sebelum ini yang membolehkan nikah mutaah. Dengan kata lain ciri-ciri nikah mutaah yang disebut diatas tidak ada malah ahli sunnah tidak mempersetujui seperti kisah yang telah berlaku pada ibnu abbas.. diharap teliti kembali kitab bab nikah mutaah kerana mungkin ini akan membawa kekeliruan untuk para pembaca seperti saya….terima kasih n harap maklum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *