Muzakarah Ulama : Maqasid Siyasah Syar’iyyah

ulama-3

Pendahuluan

Perbincangan Maqasid Syariah bukanlah suatu perkara yang asing dalam masyarakat kita pada hari ini. Ianya adalah satu istilah yang telah disebar luaskan dalam kefahaman masyarakat kita pada hari ini secara terbuka khususnya dalam perkara berkaitan politik. Sehinggakan bukan Islam sendiri secara tanpa segan silu menggunakan istilah dalam perbincaraan mereka kepada masyarakat.

Tanpa menafikan sebahagian menggunakan istilah ini dengan tujuan yang baik namun wujud sebahagian yang lain menggunakan istilah ini hingga merosakkan kefahaman masyarakat kita terhadap syariat itu sendiri. Hal ini menyebabkan kefahaman masyrakat bahkan pemimpin negara sendiri keliru akan apakah maksud sebenar daripada istilah ini.

Melihat kepada keadaan ini, Majlis Ulama ISMA (MUIS) terpanggil untuk mengumpulkan asatizah serta ulama tanah air ini untuk membincangkan perkara ini secara mendalam dengan tujuan untuk memandu cara fikir masyarakat itu sendiri. Maka atas dasar itulah dianjurkan Muzakarah Ulama berkenaan Maqasid Syariah dan aplikasinya di dalam Siyasah Syar’iyyah.

Muzakarah Ulama adalah sesi perbincangan bersama mufti, ahli akademik, asatizah serta tokoh masyarakat. Ianya diadakan dalam bentuk perbincangan yang terbuka dengan dihadiri 30 peserta ahli perbincangan serta hampir 200 orang sebagai pemerhati kepada perbincangan tersebut.

Muzakarah ini adalah muzakarah keempat anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang sebelum ini dihadiri pelbagai pihak seperti mufti, pensyarah, tokoh masyarakat serta asatizah. Yang terakhir sebelum ini tajuk perbincangan adalah berkenaan Fiqh Muwatanah, Comango serta ancamannya terhadap Negara.

Untuk muzakarah kali ini Isu-isu yang akan dibincangkan adalah dalam kerangka Maqasid Syariah serta bagaimana kefahaman ini dapat diaplikasikan dalam suasana masyarakat yang wujud di negara ini. Isu ini dilihat sangat penting berdasarkan bentuk tanah air kita serta bentuk masyarakat majmuk yang ada pada hari ini.

Objektif

img_0895

1-  Membincangkan maksud sebenar Maqasid Syariah dan ciri-ciri utama yang ada padanya.

2-  Membincangkan bagaimana Maqasid Syariah ini dapat diaplikasikan di Malaysia khususnya dalam perkara berkaitan politik serta beberapa salah faham berkaitan dengannya yang disebarkan pada masyarakat hari ini.

3-  Mengeluarkan kenyataan rasmi bersama-sama ulama sebagai hasil dari muzakarah mengenai isu-isu kontemporari berkaitan kenegaraan di Malaysia demi memberi panduan kepada masayarakat umum.

Tarikh dan Tempat

  • 12 November 2016 (Sabtu)
  • jam 8.00 pagi-5.00 petang
  • Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya

img_4810

Panel Pembentang

Ucapan Perasmian : Ust Abdullah Zaik bin Abd Rahman SMT (Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA)

Ucaptama : Hakikat Maqasid didalam Siasah Syar’iyyah

Y.Bhg. S.S. Dato’ Dr. Zulkifly bin Muda (Mufti Terengganu)

Kertas kerja: Aplikasi Maqasid di dalam Siyasah Syar’iyyah dalam konteks Malaysia

Prof Madya Dr Aznan bin Hasan (Pengerusi Majlis Ulama ISMA)

Engku Ahmad Fadzil Engku Ali (Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)

*Seramai 30 orang dengan pelbagai latar belakang tokoh masyarakat, ahli akademik dan asatizah sebagai Panel Diskusi.

*Sesi perbincangan bersama Panel Diskusi akan diadakan pada sesi petang sebelum perbincangan resolusi.

*Kertas kerja pembentangan oleh Panel Pembentang akan disediakan

Yuran

Bekerja: RM 80

Pelajar (Ijazah Sarjana Muda dan kebawah sahaja): RM 40

*Makan waktu rehat pagi dan tengahari akan disediakan

Pendaftaran

Tempat terhad untuk 200 orang sahaja! Pembayaran perlu dibuat sebelum program!

Cara Pendaftaran:

1. Daftar nama, no tel dan butiran lain melalui salah satu:

  1. Atas Talian : http://bit.ly/muzakarahmaqasid
  2. Email: pegawaimuis@gmail.com
  3. Hubungi: 03-89123838
  4. SMS/Whatsapp: 0 11-14517164 (Ust Izzat Husman, Ajk Pendaftaran)

2. Buat pembayaran di akaun MAYBANK IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (5622 1820 1823) dan hantarkan bukti pembayaran ke:

  1. Email: pegawaimuis@gmail.com
  2. Hantar gambar : 0 11-14517164 (Ust Izzat Husman, Ajk Pendaftaran)

Tarikh tutup pendaftaran: 7 November 2016

Bad Behavior has blocked 234 access attempts in the last 7 days.