Isu Sugar Daddy: Pentingnya Pendidikan Holistik dalam Membentuk Peribadi Anak Lelaki

Sugar Daddy: Di mana salah kita?

Terdetik untuk mengulas isu ‘sugar daddy’ yang sedang hangat dibincangkan di peringkat ahli akademik mahupun ahli agamawan.

Namun saya terpanggil untuk mengulas isu ini dari segi pendidikan anak-anak dalam pembentukan rijal yang sepatutnya bersifat melindungi bukan merosakkan.

Jika timbul isu begini kebanyakkan netizen menuding jari kepada perempuan yang menjadi ‘sugar baby’. Hakikatnya pasti wujud satu lagi pihak yang berperanan seperti peribahasa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Justeru, mari kita renungi semula bagaimana sepatutnya pendidikan yang holistik dalam melahirkan anak lelaki yang baik dan soleh?

Menurut Abdullah Nasih Ulwan (2012) dalam kitabnya yang bertajuk Tarbiyatul Aulad Fil Islam, terdapat lima kaedah dalam mendidik peribadi anak-anak:

  1. Contoh Teladan
    Bimbinglah anak-anak kita dalam memilih idola mereka. Tonjolkan kepada mereka siapa hero yang sebenar. Jika kita biarkan mereka memilih sendiri, maka artis K-pop lah yg paling glamour atau mungkin iron man lah yang paling hebat.
  2. Adat Kebiasaan
    Cipta adat kebiasaan yg baik dalam persekitaran keluarga kita. Ajari anak lelaki untuk hormat ibunya, tolong ambilkan tudung kakaknya supaya kakak dapat menutup aurat, larangan masuk bilik tanpa kebenaran dan merasa malu jika tidak menutup aurat dengan sempurna.
  3. Nasihat dan Bimbingan
    Jangan putus asa dalam proses membina peribadi anak-anak. Teruskan nasihat dan bimbingan sejak mereka kecil supaya ia terpahat sehingga meningkat dewasa.
  4. Pemerhatian dan Pengawasan
    Awasi anak-anak kita. Jangan letakkan 100% kepercayaan kepada mereka selagi kita ada peluang untuk memerhatikan mereka. Jika ada salah silap dalam perlakuan mereka, tegurlah. Kita sebagai ibubapa adalah orang yang paling layak menegur kesilapan anak-anak.
  5. Denda dan Hukuman
    Tak salah untuk kita mendenda kesalahan anak-anak kerana ia antara cara untuk mendidik. Iringi hukuman itu dengan menerangkan sebab. Bukan menghukum tanpa sebab yang munasabah.

Semoga Allah melindungi anak-anak, keluarga kita, dan seluruh umat Islam dari perbuatan yang keji dan hina. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Ustazah Hidayatul Sakinah Mohd Zulkifli
Penyelidik MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 205 access attempts in the last 7 days.