Wanita Kubu Pertahanan Umat Islam

Realiti hari ini melihat peranan dan tanggungjawab lelaki dan perempuan sama-sama penting dalam kehidupan bagi menjadi pemangkin ummah dalam memimpin dan menunjukkan jalan kembali kepada asal usul penciptaan mereka.

Penantian untuk melihat Islam gah dan kukuh serta kehidupan yang aman menjadi harapan dan cita-cita buat kita semua. Maka, di sana menuntut pengorbanan yang besar, kesungguhan yang tinggi dan amal yang tidak berbelah bahagi.

Tidak hanya dituju kepada lelaki untuk menjayakan cita-cita ini, bahkan wanita terpalit sama memikul tanggungjawab ini. Lihatlah sejarah wanita selepas kedatangan baginda Nabi Muhammad SAW, wanita diangkat kedudukan mereka, diberikan hak-hak kepada mereka setelah sekian lama mereka dipandang sebagai hina dan dilihat sebagai objek yang keji.

Sejarah juga telah membuktikan kedudukan wanita dalam pelbagai aspek baik ekonomi, sosial, pendidikan, jihad dan sebagainya.  Bahkan sumbangan wanita dalam memberikan pandangan idea untuk kemaslahatan agama dan ummah membuktikan bahawa wanita adalah komponen dan susuk tubuh utama dalam pembentukan generasi rijal ummah.

Kehadiran wanita di tengah-tengah kejahilan dan kesesatan ummat dalam berperanan sebagai ibu ummah, isteri yang menjadi penguat dan pengorak untuk suami keluar berdakwah dan susuk tubuh wanita yang kuat Allah anugerahkan buatnya menjadi bukti mereka adalah paksi antara kebaikan dan keburukan yang akan menyinari kehidupan keluarga yang telah di ikat.

Menyelami kisah Maryam di dalam Surah Ali Imran dan keluarganya menjadi inspirasi buat kita, ketika mana pasangan beriman ini menginginkan seorang anak lelaki yang diharapkan akan menjaga Al Quds lalu Allah memakbulkan doanya untuk mendapat zuriat, dan anak yang dianugerahkan tersebut adalah seorang perempuan. Dengan keteguhan keimanan kepada Allah swt, mereka menerima permberian ini dan nazar ibu Maryam yang Allah rakamkan di dalam Al Quran.

إذ قالت امرأة عمران ربّ إني نذرت لك ما في بطني محرّرًا فتقبل مني

(Ingatlah), ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku.

Sebuah doa yang sangat besar nilainya terbit dari hati nurani seorang yang beriman melihat untuk masa depan adalah untuk memerdekakan diri dan generasi yang lahir  hanya kepada Allah.

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنثَىٰ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنثَىٰ ۖ وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: “Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk”

Lalu lahir Maryam yang dikenali sebagai mukminah yang kuat beribadat kepada Allah dalam mihrab yang suci baitul Maqdis. Di setiap anugerah Allah untuk hambaNya pasti ada ujian untuk menguji hamba-hambaNya itu juga untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah Taala.

Maryam hamil tanpa seorang suami, ditiupkan roh ke dalam rahimnya menjadi permulaan yang menuntut sebuah kesabaran, pengorbanan dan kebergantungan hanya kepada Allah swt. Keperitan ujian ini kadang-kadang teruji seperti Maryam ketika saat melahirnya Isa pesuruh Allah.

فَحَمَلَتْهُ فَانْتَبَذَتْ بِهِ مَكَانًا قَصِيًّا (٢٢) فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

Maka dia (Maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.Maka rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata. “Wahai, betapa baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan

Begitulah kita sebagai hamba Allah apabila melihat setiap ujian Allah baik buruk pada pandangan kita hakikatnya ada hikmah dan tadbir Allah yang Maha Agung.

وَعَنْ أبي يَحْيَى صُهَيْبِ بْنِ سِنَانٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله ﷺ: عَجَباً لأمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَلِكَ لأِحَدٍ إِلاَّ للْمُؤْمِن: إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خيْراً لَهُ. رواه مسلم

Sabda Nabi saw: Daripada Shuhaib RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 5318)

Hakikatnya, Islam datang mengangkat kedudukan wanita di tempat yang mulia lalu disebalik kedudukan itu Allah ingin menambah lagi kemuliaan mereka kerana dari rahim mereka jualah lahir generasi-generasi yang bakal dibentuk samaada menajdi pencetak ummah atas sebaliknya. Justeru, layaklah buat wanita untuk meraih gelaran mereka adalah kubu pertahanan ummat tapisan pertama baik dan buruk kemenjadiaan generasi dilhat kejelasan visi misi hidup mereka.

Wanita yang baik  menjadi asbab untuk terselamat dari sebarang fitnah dan ujian untuk masyarakat. Namun ia akan menjadi sebaliknya apabila wanita itu sendiri contohnya bertabarruj, tidak menutup aurat,tidak menjaga keharmatan diri dan sebagainya sehingga melahirkan masyarakat yang rosak.

Titik tolaknya melihat kepada wanita apabila mereka memahami dan jelas peranan mereka sebagai kubu pertahanan ummat Islam pastinya mereka akan memastikan unsur-unsur yang membawa maksiat kepada Allah ditolak sepenuhnya kerana menyedari kelekaan dan kelalaian mereka membawa padah bukan hanya kepada diri mereka bahkan kepada masyarakat keseluruhannya.

Lihatlah sejarah sahabiyat bagaimana mereka berperanan dan jika keluar dari garisan, teguran-teguranyang datang untuk menyelamatkan mereka dan masyarakat yang ada.

Kebaikan buat ummat ini memandang berat susuk tubuh wanita yang mempunyai visi misi hidup yang jelas untuk dunia dan akhiratnya. Kesusahan demi kesusahan yang mereka hadapi adalah tanda pembuktian kecintaan mereka kepada Tuhan mereka sehingga mereka menjadi ‘kunci’ kubu pertahanan umat Islam agar sentiasa kukuh dan teguh yang menjamin tiada fitnah dalam agama Islam seluruhnya.

Ustazah Maryam binti Mohd Din
Penyelidik MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 206 access attempts in the last 7 days.