Pengerusi MUIS dianugerahkan Pingat Johan Bakti Setia

Kajang, 25 Ogos – Timbalan Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim, telah tersenarai mendapat Pingat Johan Bakti Setia ( Anugerah Menteri Dalam Negeri ) bersempena sambutan Hari Penjara ke 230 pada tahun ini.

Beliau dianugerahkan pingat kebesaran itu oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada majlis sambutan tersebut yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Penganugerahan pingat ini adalah sebagai pengiktirafan tertinggi menteri kepada individu terpilih di atas kesetiaan berbakti dalam sistem pemulihan Jabatan Penjara Malaysia.Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim juga merupakan Yang Di-Pertua ISMA Cawangan Ipoh, serta Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) dianugerahkan di atas jasa-jasa sumbangan beliau kepada Jabatan Penjara Malaysia selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 354 access attempts in the last 7 days.