Erti Ikhlas

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

“Sesungguhnya Allah, para Malaikat, penduduk langit dan bumi, sampai semut-semut di sarang mereka dan ikan-ikan di lautan memohonkan rahmat-Nya bagi manusia yang mengajarkan kebaikan.”

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Seorang nenek tua, jiran tetangga kami, rajin memberi hadiah kepada kami. Dia bukanlah orang kaya, namun dia seorang yang ikhlas lagi dermawan. Rumahnya sangat sederhana, sebagaimana pakaian dan makanannya sehari -hari. Namun beliau sangat suka memberikan sesuatu yang beliau miliki kepada orang yang ditemui di sekitar kediamannya.

Suatu hari, beliau datang ke rumah kami membawa sepiring makanan yang ditutup dengan daun pisang. “Tadi pagi, pohon pisang saya tumbang. Saya ambil bahagian jantung pisang yang paling atas, kemudian saya rebus hingga masak. Silakan makan, ini enak.” Kata nenek menjelaskan tentang makanan tersebut.

Seumur hidup kami belum pernah membayangkan ada makanan seperti ini, dan kami pun tidak tertarik pun dengan makanan yang dihadiahkan itu. Akan tetapi keikhlasan nenek dalam memberikan apa yang dimiliki kepada kami sungguh menyentuh perasaan kami.

Dari kebiasaan seorang nenek yang senantiasa berbagi rezeki dengan jiran tetangganya, pada akhirnya kami dapat merasai dan menyakini kebaikan dirinya. Walaupun pada pemberian kecil yang sesekali jika dipandang pada nilai harganya yang tidak seberapa pun. Kami memberikan apresiasi positif kepasa nenek tersebut, bukan kerana nilai barang yang dihadiahkan, akan tetapi kepada ketulusannya.

Milikilah keikhlasan, bukan saja kerana amal kita tidak akan diterima di sisi Allah jika tidak ikhlas, akan tetapi dengan itu kita boleh menyakinkan orang lain bahawa mereka akan selamat berada bersama kita. Orang yang bersama kita akan selamat dari kesesatan. Mereka akan terselamat dari memakan yang beracun jika bersama kita. Mereka akan terselamat dari penerangan agama yang sesat, jika mendengar pengajian dari kita, bahkan sentiasa merasa aman dan damai bersama kita kerana keikhlasan terpancar dari perilaku dan tutur kata kita.

Tidak perlu untuk kita mengungkapkan pernyataan ikhlas secara verbal. Seumpamanya, “Saya meminjamkan buku ini kepada awak ini dengan benar-benar ikhlas atau “Saya ikhlas membantu awak.”

Kerana ikhlas akan lebih tampak pada kekuatan jiwa, bukan pada kata-kata.

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Ustazah Hayati Mohd Zari
Penyelidik
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 251 access attempts in the last 7 days.