Arak adalah ibu masalah, bukan hak peribadi

Tebanglah pokoknya, rantingnya akan tumbang.

Meminum arak hakikatnya bukanlah dikira hak manusia kerana semua anggota badan manusia adalah pinjaman daripada Allah dan dia wajib menggunakan segala pinjaman itu pada perkara yang diredhai-Nya.

Nak buat dosa pun hakikatnya kita tidak berhak, apatah lagi minum arak dan libatkan nyawa orang lain. Sama seperti orang kafir hakikatnya dia tidak berhak memilih menjadi kafir.

Ia adalah pilihan peribadi yang wujud padanya taklif, isu dosa pahala, dan tanggungjawab yang akan dipersoal kelak sesuai dengan ketinggian nilai manusia yang mampu memilih.

Adapun memilih perkara yang salah tidak pula dikira menunaikan hak peribadi, bahkan ia adalah satu bentuk kezaliman kerana membalas nikmat Tuhan dengan penderhakaan.

Namun Tuhan menjadikan dunia ini berjalan dengan demikian (wujudnya hak dan batil) sebagai ujian untuk hamba-Nya yang benar-benar beriman.

Saya tahu kekangan itu banyak. Paling kurang kita letakkan ‘baseline’ dan ‘pandangan akhir’ kita untuk berhadapan isu ini, kita harus tanamkan kefahaman ‘Sifar Arak’ agar suatu hari nanti ia menjadi norma dan adat kita semua, tak kira mana-mana bangsa dan agama.

Wallahua’lam bissawaab.

Moga Allah memandu dan merahmati kita semua.

Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa
Penolong Setiausaha
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 493 access attempts in the last 7 days.