Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh MUIS

Majlis Ulama ISMA (MUIS) ingin mengucapkan تقبل الله منا ومنكم (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu) kepada muslimin dan muslimat sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1441H.

Kegusaran masyarakat Islam terhadap beberapa beberapa hukum hakam semasa menjalani ibadah di dalam Ramadhan tahun ini, sebenarnya menggambarkan peranan ulama masih relevan untuk menjadi “frontliners” memberi bimbingan kepada isu kehidupan masyarakat.

Kebergantungan kerajaan kepada pandangan ulama untuk memutuskan sesuatu polisi ketika wabak Covid-19 adalah diharapkan berlaku juga di dalam perkara-perkara lain yang melibatkan negara dan ummat Islam.

Para ulama dalam negara ini hendaklah bersatu padu dan wajib mengelakkan persaingan dan pertelingkahan yang tidak menguntungkan jika suara mereka hendak didengari oleh semua pihak.

Semoga Syawal memberikan sinar kepada kedaulatan Islam di Malaysia dengan ulama sebagai penyuluh cahayanya.

Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Timbalan Mufti Perak
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 219 access attempts in the last 7 days.