Sunat kepada individu, wajib kepada semua.

Antara perkara yang mengejutkan ummah pada hari ini adalah ; perkara sunnat kita sarankan tangguh untuk menjaga maslahah awam.

Kaedah berkaitan perkara sunat ini jelas berdasarkan Imam Asy-Syathibi, tokoh ulama ummah pada urusan maqasid dan perbahasan maslahah :

إذا كان الفعل مندوباً بالجزء كان واجباً بالكل

“Sekiranya perkara sunat/digalakkan secara terjuzu’ (sebahagian sahaja yang menjalankannya) maka ianya adalah WAJIB secara keseluruhan”

Bererti sebuah ummah di suatu tempat tidak boleh tidak (WAJIB) menghidupkan amalan sunat ini walaupun terpencil dan sedikit.

Maknanya solat jemaah wajib buat walaupun sedikit, azan mesti dilaungkan, dan seumpamanya. Bagi seorang Mukmin, dia pasti menyedari bahawa keadaan ini adalah suatu fitnah/ujian buat umat pada hari ini. Umat yang hebat merasai dan melihat hidupnya sunnah di kalangan mereka.

Maka, saranan harini daripada KKM, buat bersungguh-sungguh sehingga kita berjaya membanteras COVID-19 sepantas mungkin. Ini kerana dengan itulah dapat menghidupkan sepantas mungkin sunnah yang tersekat!
(mengangkat penghalang yang membolehkan sunnah dilakukan)

Apa yang merisaukan saya, ketika membeli sedikit keperluan tambahan sebentar tadi, katakan 10 orang yang beratur hanya beberapa sahaja yang melakukan seperti saranan KKM, malah kelihatan beberapa individu batuk secara terbuka sahaja.

Pastikan bukan ‘panic buying’, tetapi sekadar membeli keperluan lebih bagi memastikan tidak perlu keluar rumah berkali-kali. Apa yang lebih merisaukan adalah yang beratur membeli lebih panjang dari saf di surau.

Mereka yang imannya utuh, pasti sedar, sedangkan solat berjemaah pun ditangguhkan, maka perjalanan melancong-melepak di Starbucks, Ikea, ‘window shopping’, menghadiri konsert dan pelbagai perkara yang sekitar urusan di antara 3 hukum : Harus – Makruh – Haram : lebih wajiblah dihindari.

Tak masuk akal, benda sunat tangguh, benda harus-makruh apatah lagi haram boleh buat selamba.

Wallahua’lam

Ustaz Mohd Suhail bin Mohd Sufian
Naib Pengerusi 2
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 363 access attempts in the last 7 days.