PKP menguji tolak ansur kita

Islam menekankan sifat tolak ansur di kalangan manusia. Waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, sifat ini lebih-lebih lagi tertonjol kerana keberadaan kita sepanjang masa di rumah bersama keluarga. Ada beberapa sudut isu tolak ansur yang boleh kita perhalusi :

1. Tolak ansur antara suami isteri. Contoh kes: Isteri kena bertolak ansur dengan perbelanjaan isi rumah jika suami bekerja sendiri yang terjejas pendapatan manakala isteri penjawat awam.

2. Antara pengusaha-pengusaha yang menawarkan perkhidmatan dengan pelanggan-pelanggan yang menggunakan dan membayar perkhidmatan yang diterima seperti pengusaha2 sekolah swasta, tadika dan jagaan anak2.

3. Hakikatnya semua kita diuji dengan kekurangan harta, kita berdoa agar kita juga tidak kurang timbangrasa, tolak ansur dan kemanusiaan.

4. Islam sangat memuji sifat samhah.

روى أبو يعلى في مسنده عن جابر بن عبد الله -رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا-“أنّ النَّبيّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-سُئِل: أيُّ الإيمان أفضل؟ قال: الصَّبر والسَّماحة”.

Abu Ya’la meriwayatkan di dalam kitab hadisnya daripada Jabir bin Abdullah RA bahawasanya Nabi SAW ditanya : Apakah amalan keimanan yang paling afdhol ? Baginda menjawab : Sabar dan bertolak ansur.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:“إن الله يحب سَمْحَ البيع سمح الشراء سمح القضاء” .

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang bertolak ansur ketika menjual, ketika membeli dan ketika menuntut hak (ke atas orang lain).

Wallahua’lam bissawab

Sahibus Samahah Dato’ Hj Zamri bin Hashim
Timbalan Mufti Perak
Pengerusi
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 222 access attempts in the last 7 days.