Masa untuk hijrah kepada kehidupan Al-Quran

Sudah tiba masanya untuk kita hijrah kepada kehidupan yang dituntut, digambarkan dan dicernakan di dalam Al-Quran

Ya, saya anggap fasa kini sedang bertemu pengakhirannya. Kita memerlukan satu bentuk dan jenis kehidupan yang baru.

Kehidupan yang terdiri daripada kayu ukur, neraca, cara fikir, perspektif, nilai dan cara hidup yang tersendiri.

Kita tidak ditinggalkan berseorangan dengan alam yang penuh dengan persoalan ini. Allah SWT sudah pun merakamkan penyelesaian kepada masalah kita pada hari ini :

“Wahai orang yang beriman, sahutlah seruan Allah dan Rasul-Nya ketika dia menyerumu kepada apa yang menghidupkanmu” – Surah Al-Anfal, ayat 24

Sebahagian ahli tafsir menyatakan bahawa yang menghidupkan itu adalah Islam, sebahagian pula menyatakan ia adalah Jihad, yang lain pula menyatakan ia adalah Al-Quran.

Saya katakan, ia adalah ketiga-tiganya. Ia adalah Islam dari sudut cara hidup dan sistem kehidupan, ia adalah Jihad dari sudut perjuangan, dan ia adalah Al-Quran dari sudut sumber rujukan.

Benar, kita memerlukan satu kehidupan yang benar-benar memberi makna hakiki terhadap hidup ini. Tiadalah yang tepat dan benar melainkan apa yang diturunkan di dalam Al-Quran dan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Masanya sudah tiba, untuk kita berhijrah ke fasa kehidupan baru.

Sekiranya kita masih angkuh, dikhuatiri kita akan digantikan dengan sekelompok manusia yang lain, yang bersedia mengharungi kehidupan yang bermakna itu.

“Sekiranya kamu berpaling Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan jadi seperti kamu” – Surah Muhammad, ayat 38

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa
Penolong Setiausaha
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 219 access attempts in the last 7 days.