Covid-19 mengingatkan manusia siapa Tuhan

1.Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia pada hari ini adalah satu peristiwa yang mempunyai makna yang besar. Ia mengajar manusia bahawa cukup dengan satu makhluk teramat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar mencampakkan ketakutan pada seluruh manusia.

2.Dalam dunia dan tamadun barat hari ini yang sering mereka gambarkan bahawa manusia sudah berada pada tingkatan yang jauh lebih tinggi. Yang bukan sekadar menguasai darat, laut, udara tetapi menjangkaui bumi itu sendiri iaitu angkasa lepas. Atas segala penemuan saintifik tamadun ini, ramai dikalangan mereka sering melaungkan bahawa manusia hari ini kononnya hanya beberapa langkah sahaja lagi sebelum mencapai peringkat tuhan (homodeus).

3.Namun, akhirnya cukup Allah swt ingin mengajar keangkuhan tamadun hawa nafsu barat ini dengan cara yang paling hina. Seperti mana Allah menghina Namrud saat dia menyangka dia sudah mencapai maqam tuhan dengan segala kehebatan binaan dan arkiteknya lalu dihantarkan makluk paling halus pada zaman tersebut iaitulah nyamuk. Bagitu jugalah kemuncak tamadun barat hari ini dihina dengan suatu makhluk paling halus pada zaman ini.

4.Hal yang sama juga terjadi terhadap firaun, diceritakan dalam Surah al-Naziat bahawa azab Allah terhadap mereka itu bermula saat firaun menyangka dia sudah sampai pada maqam tuhan.

ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ (٢٢) فَحَشَرَ فَنَادَىٰ (٢٣) فَقَالَ أَنَا۟ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ (٢٤) فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلۡأَخِرَةِ وَٱلۡأُولَىٰٓ (٢٥) إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَعِبۡرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰٓ
Maksudnya: Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah); (21) Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). (22) Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; (23) Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi. (24) Maka Allah menyeksa Firaun atas katanya terdahulu dan terkini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya. (25) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya)

5.Ibn Kathir dalam tafsirnya meriwayatkan kata Ibn Abbas bahawa ‘al akhirah’ dan ‘al ula’ disitu bukanlah membawa maksud dunia dan akhirat, tetapi ianya bermaksud pada kata-kata firaun terdahulu dan terkini bertempoh 40 tahun yang dengan angkuhnya mengadu dirinya tuhan.

أما الأولى فحين قال: مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي ، وأما الآخرة فحين قال: أَنَا رَبُّكُمُ الأَعْلَى

Maksudnya: adapun kata-kata (firaun) terdahulu adalah tidak aku tahu tuhan selain aku (Qasas: 38), dan kata-kata terkini adalah aku tuhan yang tertinggi.

Lalu Allah mengazab mereka semua atas dua kata-kata sombong angkuh tersebut dengan hina oleh makhluk yang cukup lembut iaitulah air di lautan.

6.Maka peristiwa covid 19 ini sudah cukup mengajar serta mendidik manusia siapakah hakikatnya tuan kepada seluruh alam semesta ini dan siapakah hakikatnya hanyalah makhluk yang perlu tunduk kepadaNya. Saat sedang berlaku Covid-19 ini, ingatlah kita akan sebuah hadis Nabi SAW yang menceritakan penghinaan oleh Allah kepada manusia saat berlakunya kebinasaan kiamat yang jauh lebih menggerunkan daripada Covid 19 hari ini.

ي حديث ابن عمر : أنه تعالى يطوي السماوات والأرض بيده ، ثم يقول : أنا الملك ، أنا الجبار ، أنا المتكبر ، أين ملوك الأرض ؟ أين الجبارون ؟ أين المتكبرون ؟ .

Ibnu Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa ketika mana Allah menggulungkan langit dan bumi dengan tangganNya, Dia berkata: Aku Raja sekelian alam, Maha Perkasa, Maha Megah, dimanakah seluruh raja-raja di muka bumi? Di manakan manusia-manusia yang mengaku hebat? Di manakah manusia yang angkuh sombong?

Muhammad Firdaus bin Zalani
Penyelidik MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 357 access attempts in the last 7 days.