Covid-19 bukti kelemahan manusia

Allah SWT berfirman:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلࣱ فَٱسۡتَمِعُوا۟ لَهُۥۤۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن یَخۡلُقُوا۟ ذُبَابࣰا وَلَوِ ٱجۡتَمَعُوا۟ لَهُۥۖ وَإِن یَسۡلُبۡهُمُ ٱلذُّبَابُ شَیۡـࣰٔا لَّا یَسۡتَنقِذُوهُ مِنۡهُۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِب والمطلوب

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya)” – Surah Al-Hajj, ayat 73

Ayat di atas menyebut tentang lemahnya manusia nak mencipta walau seekor lalat seunik seperti yang dicipta oleh Allah. Kalau lalat curi secebis makanan dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya semula, kerana terbukti dalam sains bahawa lalat memproses makanan dengan cepat.

Apabila masuk dari mulutnya terus diproses keluar. Makanan yang dicuri tidak lagi dapat diambil semula walaupun dapat menangkap lalat tersebut. Lemahnya manusia.

Hari ini kita menyaksikan lemahnya manusia nak bendung virus yang ada. Dah berbulan lemahnya manusia nak menjumpai ubatnya.

Setelah kita melihat semua hakikat itu di depan mata, adakah kita masih lagi mahu mengingkari kehebatan yang maha Esa?

مَا قَدَرُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ قَدۡرِهِۦۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِیٌّ عَزِیزٌ

Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkan-Nya); sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa – Surah Al-Hajj, ayat 74

Agung-agungkanlah Allah dan besar-besarkanlah Allah Yang Maha Esa.

Maha suci Allah, Tuhan sekalian alam.

Dr Muhammad Ikram bin Abu Hassan
Penyelidik
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 222 access attempts in the last 7 days.