Rombongan ulama Uygur menziarahi Majlis Ulama ISMA di Pejabat ISMA

Seramai 2 orang wakil daripada badan ulama Uyghur telah melawat Pejabat ISMA Pusat atas jemputan daripada Majlis Ulama ISMA yang diwakili Dr Soberi Awang (Timb. Pengerusi MUIS), Ust Suhail Sufian (Naib Pengerusi 2 MUIS) dan Ust Syamil Esa (Penolong Setiausaha MUIS), serta beberapa Jawatankuasa Pusat ISMA yang diwakili oleh Prof Dr Zainurrashid Zainuddin (Timbalan Presiden ISMA), Ustaz Fauzi Asmuni (Naib Presiden 1), saudara Azib Asmangi (Ketua Biro Islamiyat) dan Dr Kamsani Samingan (Setiausaha Agung).

Rombongan yang dihadiri oleh Dr Abdul Waris dan Ustaz Nur Muhammad dari Uyghur diiringi oleh Ustaz Fikri bersama beberapa ahli rombongan yang lain dari MAPIM yang datang dari Yan, Kedah.

Pertemuan dimulakan dengan minum malam, disambung dengan taaruf bagi tetamu yang hadir, diteruskan pula dengan pembentangan oleh Dr Abdul Waris mengenai apa yang menimpa umat Islam di Uyghur.

Banyak yang dikongsikan antaranya perancangan China terhadap bangsa Uyghur dalam jangka masa Panjang, serta kepentingan geopolitik Turkistan Timur terhadap keselamatan dan ekonomi negara China. Apa yang disampaikan lebih jelas menunjukkan bahawa umat Islam di Uyghur sememangnya sedang dizalimi dan ditindas dari sudut keagamaan dan identity kebangsaan mereka.

Kedatangan mereka adalah dengan misi menyampaikan kebenaran terhadap apa yang berlaku ke atas umat Islam di Turkistan Timur, bagi membuka mata umat Islam sedunia khususnya Malaysia, seterusnya melaksanakan tuntutan dan desakan terhadap pihak-pihak tertentu agar tindakan yang signifikan dalam dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 282 access attempts in the last 7 days.