Di samping solat hajat, kawal kemasukan pelancong China

Dalam menghadapi wabak koronavirus di seluruh dunia, Islam mempunyai panduan yang perlu dijadikan panduan setiap muslim di negara ini, bahkan ia sesuai kepada semua penduduk negara ini.

Semua penduduk negara ini wajib mengikuti panduan kesihatan dan kawalan penularan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa.

Saranan mengadakan solat hajat dan membaca doa-doa yang ma’thur adalah sangat perlu di dalam menghadapi situasi yang semakin merisaukan masyarakat.

Di samping solat hajat, ada satu lagi unsur penting lain yg disaran oleh nabi saw iaitu kuarantin negara ini daripada dimasuki rakyat negara punca wabak berkenaan.

Justru, saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan langkah untuk tidak menerima kemasukan pelancong- pelancong dari negara yang telah dikenalpasti sebagai punca wabak berkenaan seperti yang dilakukan oleh banyak negara lain sesuai dengan langkah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.

“Jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sesebuah tempat, janganlah kamu memasuki kawasan itu. Namun jika wabak tersebut merebak di tempat kamu, janganlah kamu meninggalkan kawasan itu.” Hadith Rriwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jika negara asal mereka tidak melarang rakyatnya mengunjungi negara kita, maka kita berhak sebagai langkah berjaga2 untuk mengawal penyakit berkenaan merebak di dalam negara ini.

Sahibus Samahah Dato Hj Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 354 access attempts in the last 7 days.