Xi Jinping sebagai Pope dan Nabi baru?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman daripada ommittee Of Ethnic Affairs akan mengubah isi di dalam Quran dan Bible dengan niat yang tidak berselindung walaupun sedikit…untuk menerapkan nilai sosialism di dalam Quran dan Bible.

Supaya dengan sosialism, rakyat China akan bersatu, teori mereka begitulah. Walaupun hakikatnya adalah ‘proses penghambaan moden’ yang sedang berjalan. Sujud dibawah sistem sosialis.

Perubahan teks dan kitab-kitab agama bagi mengawal manusia bukanlah suatu perkara baru.

Apabila pendeta-pendeta yahudi (pharisees) ingin menguasai Bani Israel, maka mereka menulis semula Taurat menjadi Talmud.

Apabila kerajaan Rom ingin menguasai pengikut Nabi Isa selepas berangkatnya Nabi Isa ke langit, maka Emperor Constantine menulis semula Injil, dan membentuk kristian trinitarian dengan dogma Churchianity bagi mengawal masyarakat. Mewujudkan berhala-berhala di dalam ajaran Kristian.

Itupun setelah kesesatan yang amat jauh oleh Paul the Baptist yang melampau yang mempertuhankan Jesus.

Itulah Bible digabung dengan identiti kebudayaan paganism kristian.

Apabila Rom jatuh, muncul pula Augustine the Hippo, menafsirkan semula Bible Eropah, ‘mentajdid’ dogma trinity dan menulis dengan panjang tentang tamadun Rom yang kekal!. Augustine mereka-reka original sin, grace, selain memperkukuh paganism dan gnosistic di dalam kristian.

Hakikatnya China hanya mengulangi sejarah. Cuma bezanya, muslimin akan percaya bahawa ‘Quran’ mereka adalah sesat!

Berbeza dengan sejarah yang berlaku ke atas Injil dan Taurat.

Dihapadan kelompok menghina Al-Quran, pembunuh-perogol , penghina agama…. jika masih ada sekelumit perasaan sangka baik, maka itulah bukti kekufuran dalam bentuk wala’ moden.

Yang peliknya, senyap kelompok kristian terhadap statement Committee Of Ethnic Affairs, adakah andai yang dimasukkan adalah kata-kata Xi Jinping maka ianya dikira ‘ex cathedra’ dan mirip memakai konsep ‘Papal infallibility’?

Dalam Islam jelas dosa dan jahat andai seseorang menukar Al-Quran walau satu titik, sedih masa ada yang bersangka baik dengan kerajaan China.

Ini persis perangai Yahudi di dalam QUran, Allah berfirman :

مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ
“Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar” (An-Nisa’46)

ِSebahagian Ulama’ menafsirkan maksud ‘haduu’ didalam ayat tersebut sebagai yahudi, namun Az-Zujaj mengatakan ianya boleh juga membawa maksud terus iaitu “kaum yang memutarbelit kalam (Allah)” (At-Tafsir Qurthuby dan Tafsir Al-Kabeer).

Persoalan diatas, jadi akhirnya Xi Jinping itu jadi Nabi palsu ke?, jadi pope baru ke?, atau jadi Yahudi?

Tidak, tetapi menjadi suatu yang lebih jelas dan dasyat kekufurannya.

Allah berfirman:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ
“Dan mereka menjadikan rahib-rahib mereka dan pendeta-pendeta mereka TUHAN-TUHAN selain Allah” (At-Tawbah 31)

Sikap yang diambil tersebut Allah sebut sebagai MENJADIKAN MEREKA TUHAN.

Di dalam sirah Nabi Muhammad apabila turun sahaja ayat ini datanglah Rahib Kristian dan berdebat dengan Nabi, mereka menafikan perkara ini. Namun Rasulallah menjawab :
“Bukankah mereka menghalalkan perkara haram, dan mengharamkan perkara halal, maka itulah penyembahan mereka”
(lafaz Mu’jam Al-Kabeer – Thabrani 17/92, Riwayat lain di dalam Sunan Ath-Thirmidzi 5/278 dinilai Hasan oleh AL-Bani pada matan Thirmidzi)

Maka, tindakan China adalah mengambil hak ketuhanan (uluhiyah).

Saya yakin China jelas dengan tindakan ini, mereka memang ingin mengambil hak ketuhanan, dan rakyat China yang membaca ‘bible’ dan ‘kitab’ baru ini akan syirik, dan menyembah China.

Sepertimana Yahudi dan Nasrani dihukum kafir, kerana mengubah syariat, itulah masa depan yang dirancang oleh China terhadap Uyghur.

Kesan yang diharapkan kekal adalah generasi yang membaca ‘quran’baru, menyembah tuhan China walaupun mereka mampu galak mengaku muslim seperti Syiah dengan Quran Rasm Fatimahnya !

Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian
Naib Pengerusi 3
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 493 access attempts in the last 7 days.