‘Baby Shower’ menurut pandangan Islam

1. Majlis ‘Baby Shower’ dlihat semakin menjadi trend dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Majlis ini sebenarnya telah lama wujud di hampir setiap negara mengikut tradisi masyarakat negara tersebut. Majlis tersebut dibuat bagi meraikan bakal ibu yang bakal melahirkan anak. Kebiasaannya, majlis ini diadakan ketika umur kandungan mencecah 7 bulan.

2. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu menjalankan upacara melenggang perut ketika usia kandungan mengenjak 7 bulan. Namun pada masa kini, adat melenggang perut tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan diganti dengan majlis ‘Baby Shower’ bagi meraikan bakal ibu. Masyarakat barat menamakan majlis tersebut sebagai ‘Baby Shower’ kerana bakal ibu akan dihujani dengan pelbagai jenis hadiah bagi menyambut kelahiran bayi.

3. Islam adalah satu agama yang sangat menitik beratkan identiti. Oleh itu sebagai umat Islam kita perlu berhati-hati dalam memastikan identiti Islam sentiasa terpelihara daripada penyerupaan dengan agama lain. Kita juga dilarang untuk menyerupai golongan kafil dalam hal yang merupakan identiti atau lambar atau syiar agama mereka.

Daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

من تشبه بقوم فهو منهم

Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka (Riwayat Abu Daud [4031])


4. Imam al-Sana’ni Rahimahullah ketika menafsirkan hadith di atas berkata, bahawa sesiapa yang menyerupai orang fasiq ataupun kafir ataupun melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-ger tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. (Subul al-Salam 2/647).

5. Setelah meneliti asal usul majlis ‘Baby Shower’, saya berpendapat ia bukanlah suatu syiar daripada mana-mana agama dan hanyalah sebahagian daripada tradisi masyarakat yang pelbagai. Oleh itu, saya mencadangkan bagi mereka yang ingin melakukan majlis seumpama ini perlulah mengikuti sarana atau garis panduan berikut:

  • Majlis perlulah dijauhi dengan segala larangan dan perkara yang diharamkan syarak seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, perkara khurafat dan sebagainya.
  • Aktiviti yang dilakukan semasa majlis perlulah tidak membawa kepada kelalaian dan tidak tersimpang dari ajaran agama Islam.
  • Seeloknya, majlis ini ditukar nama kepada majlis kesyukuran atau doa selamat atau apa-apa nama yang dirasakan bersesuaian bagi mengelakkan fitnah.
  • Majlis ini hendaklah bertujuan hanya untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan dan ahli keluarga dan bukannya bertujuan mengikuti budaya barat.
  • Sebarang pembaziran hendaklah ketika majlis ini berlangsung perlulah dielakkan dan tidak boleh bermegah-megah.

5. Sebaiknya majlis seupama ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan bakal ibu dan bayi agar berada dalam keadaan selamat sehingga selepas kelahiran.

6. Namun begitu perlulah diingatkan, majlis ‘Baby Shower’ bukanlah sebahagian daripada syariat Islam dan adalah lebih baik jika sebagai umat Islam kita menyambut kelahiran bayi seperti yang telah digariskan oleh Islam.

7. Antara adab dalam menyambut kelahiran bayi yang disebut di dalam kitab Tarbiyatul Aulad karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan ialah :

  • Bergembira dan mengucapkan tahniah apabila menerima berita kelahiran.
  • Mengazankan dan mengiqamatkan anak
  • Mentahnik anak selepas dilahirkan
  • Mencukur rambut anak
  • Menamakan anak dengan nama yang baik
  • Menjalankan akikah
  • Mengkhatankan anak

Wallahua’lam

Siti Nurunnajwa Shamsudin
Penyelidik
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 385 access attempts in the last 7 days.