Tiada paksaan dalam beragama lambang keagungan Islam

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 256:

لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّ‌ۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini pendek tapi mempunyai maani yang sangat besar dalam memahami erti mulia dan tingginya Islam. Erti melihat manusia sebagai manusia serta meraikan hak setiap manusia itu sendiri yang masih lagi gagal dicapai oleh barat pada hari ini.

Maani ayat ini menjelaskan bahawa jelas dan bersinarnya cahaya kebenaran Islam sehinggakan ia tidak memerlukan paksaan untuk seseorang itu memeluk agama Islam. Sedangkan agama dan ideologi lain sejak dahulu sentiasa memaksa manusia lain berpegang dengan pengangan mereka akibat lemahnya ideologi atau agama yang mereka pegang.

Lihat dunia hari ini, barat sentiasa memaksa seluruh dunia untuk terima demokrasi, hak asasi manusia, liberal dll. Mereka paksa manusia buang agama dengan pluralisme kerana mereka sendiri tidak percaya dengan agama. Mereka paksa manusia terima kelompok LGBT kerana itulah hawa nafsu dan ‘selera’ mereka.

Mereka mengugut sesiapa tidak menerima falsafah ini akan dipulau, dianggap kolot atau lebih teruk mereka akan campur tangan terus secara zahir atau ‘dibawah meja’. Tidaklah ini berlaku melainkan kerana mereka sendiri tidak dapat menjustifikasikan apa yg dia mahukan daripada dunia ini.

Kerana apa yang mereka mahukan adalah suatu perkara yang hina kalaulah manusia lain ketahui. Jadi apabila ianya lemah maka tiada pilihan lain selain memaksa manusia disekeliling mereka.

“Tiada paksaan dalam beragama” dalam Islam melambangkan tinggi dan mulianya agama ini. Sebab itulah dalam Quran selepas menyebut ‘tiada paksaan dalam beragama”, Allah menyambung:

قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ

“telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).”

Mudahnya Allah menyindir, sesiapa yang terus ada dalam kekufuran setelah jelasnya kebenaran Islam menunjukkan betapa sungguh gelap dan matinya hati mereka sehinggakan cahaya bersinar depan matanya pon dia masih tidak nampak. Betapa hinanya manusia seperti ini.

Muhammad Firdaus bin Zalani
Penolong Setiausaha MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 595 access attempts in the last 7 days.