Pimpinan MUIS 2019-2023

Badan ulama mempunyai peranan yang besar dalam mendidik masyarakat pada setiap masa. Runtuh atau bangunnya sesebuah masyarakat itu bermula dengan ulama. Selagi mana ulama bersungguh serta jujur dalam membawa masyarakat kepada Allah SWT pada semua sudut kehidupan, selagi itulah masyarakat tersebut akan terpelihara daripada segenap ancaman yang sedang berlaku ke atas umat ini.

Dalam usaha menyempurnakan cita-cita murni ini, sukacita diumumkan senarai ahli jawatankuasa tertinggi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) yang baharu bagi sesi 2019-2023.

  • Pengerusi: Sahibus Samahah Ustaz Haji Zamri Hashim
  • Timbalan Pengerusi: Ustaz Dr Haji Mohd. Soberi Awang
  • Naib Pengerusi 1: Ustaz Mohd Suhail Sufian
  • Naib Pengerusi 2: Ustazah Nur Fatin Halil
  • Setiausaha Agung: Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi
  • Penolong Setiausaha: Ustaz Mohd Firdaus Zalani

Sahibus Samahah Ustaz Haji Zamri Hashim adalah seorang tokoh ulama berkaliber yang juga Timbalan Mufti Perak. Beliau sangat aktif dalam bidang fatwa dan dakwah, serta kolumnis tetap di akhbar Berita Harian.

Ustaz Dr Hj. Mohd Soberi Awang adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mempunyai jaringan perhubungan yang luas dengan ulama-ulama Timur Tengah dan juga nusantara.

Ustaz Mohd Suhail Sufian, seorang graduan Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, adalah seorang tokoh muda kewangan Islam. Beliau sekarang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif di Jabatan Operasi Pelaburan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi, tokoh ulama muda yang sedang mencipta nama, adalah Timbalan Pengarah Institut Sains Islam USIM. Beliau memiliki Sarjana dalam bidang Hadis dan PhD dalam bidang Sirah. Beliau sangat aktif dalam penyelidikan dan telah menghasilkan lebih 39 makalah persidangan akademik dan jurnal penyelidikan peringkat antarabangsa.

Ustazah Nur Fatin Halil adalah tokoh ulama muda wanita yang aktif. Beliau merupakan Pembantu Perunding di Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM dan telah menghasilkan beberapa penulisan akademik. Kini beliau sedang melengkapkan kajian PhD dalam bidang Syariah dan Perundangan di USIM. Beliau juga merupakan Perunding Syariah di Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU).

Ustaz Muhammad Firdaus Zalani adalah Pegawai Eksekutif MUIS bermula tahun 2014. Beliau adalah graduan Universti Al-Azhar kemudian menyambung DLSA UiTM dan kini sedang menyiapkan peringkat Sarjana dalam bidang Syariah pengkhususan Politik Islam di UKM. Pernah juga menerbitkan sebuah buku berkaitan isu semasa umat Islam di Malaysia.

Moga Allah memberi hidayah dan taufik kepada pimpinan yang baru dilantik ini serta kita semua dalam bersama memandu umat ini ke arah kebaikan serta kemuliaan.

Memandu Masyarakat Mendaulat Syariat,

Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi
Setiausaha Agung MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 595 access attempts in the last 7 days.