Semakin hari makin terungkai wajah sebenar mereka

Kesetiaan kepada umat Islam adalah jaminan kebersamaan kita bersama mereka

Dalam isu-isu terkini, kita boleh mengenali siapa berpihak kepada siapa.

Sesiapa yang berpihak pada umat Islam, maka dia sebahagian daripadanya.

Sesiapa yang fobia / anti untuk berpihak pada umat Islam, hatta dalam sekelumit isu mengutamakan barang muslim dahulu pun, maka bagi saya dia boleh dipersoalkan kesetiaannya kepada umat Islam.

Hakikatnya kita berada di akhir zaman di mana umat Islam di seluruh dunia dipijak dan dizalimi, negara dirobek kedaulatannya dan rakyat dicabut kerakyatannya, ia ibarat seperti yang disebutkan dalam hadis Nabi SAW bahawa kita akan dikerumuni ibarat makanan di tengah-tengah orang-orang yang lapar.

Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka.”

Apabila kita lupa hakikat bahawa umat Islam sentiasa dimusuhi oleh pelbagai pihak-pihak yang tidak selesa dengan tingginya kedudukan umat Islam, dan menganggap bahawa apa yang berlaku semuanya bermotifkan politik pilihanraya, maka ketahuilah bahawa akidah kita sudah bertukar kepada akidah demokrasi, bukan lagi akidah yang rabbani.

Campaklah Al-Quran, hadis, kitab para ulamak, pandangan para mufti dan ilmuwan Islam, lalu junjunglah pimpinan politik yang memandumu itu.

Suatu hari nanti anda akan tahu, ke mana akhirnya mereka memandumu.

Moga belum terlambat.

Ust Ahmad Syamil Esa
Ahli MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 352 access attempts in the last 7 days.