Pembangunan ekonomi Islam adalah impian nabi

1. Wala’ (kesetiaan) sesama orang mukmin adalah suatu perkara yang sangat tinggi nilainya dalam keimanan kita. Ia bukan sekadar pada sudut memelihara orang mukmin saat dizalimi orang lain, tetapi ia lebih daripada itu sehingga ingin melihat kebaikan sentiasa berada disisi saudara seaqidahnya. Atas sebab itulah disebut setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar.

2.Bagitu jugalah dalam isu membangunkan ekonomi umat Islam. Orang yang benar imannya akan sentiasa bercita-cita melihat umat Islam itu terus membangun kehadapan pada semua sudut. Baginya ini bukan isu soal wajib atau haram, tetapi ia adalah soal yang lebih mendasar iaitu setianya dia bersama orang beriman.

3. Jika kita lihat dalam al-Quran, Allah sendiri merakamkan doa seorang Nabi yang sangat mulia cita-citanya. Kerana Baginda sangat cintakan orang beriman maka Baginda sentiasa mendoakan kebaikan termasuklah supaya kekayaan itu menjadi hak milik umat.

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (al-Baqarah, 126)

4. Atas citanya pada negara, Baginda bukan sekadar mengharapkan tanah yang sedang kering kontang ketika itu subur dan dilimpahi rezeki, tetapi Baginda mengharapkan rezeki secara khusus lagi iaitulah pertanian tersebut dilimpahi dikalangan orang-orang yang beriman. Baginda ingin melihat membangunnya ekonomi umat Islam.

5. Lalu persoalan ini kita tanyalah kembali pada diri kita, masih adakah lagi cita-cita ingin melihat ekonomi umat Islam kembali membangun? atau ianya sudah hilang dek dimakan kononnya atas nama kemanusiaan atau hidup harmoni.

Moga masih ada lagi kesetiaan kita kepada umat,
Sokong Produk Muslim!

Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Penyelidik MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 352 access attempts in the last 7 days.