Takut Kepada Kafir Adalah Satu Kehinaan

Menurut Malaysiakini, Speaker DUN Selangor dari DAP dilaporkan memendekkan sidang DUN bagi menghalang rang undang-undang penukaran agama itu dari dibentangkan. Tindakan beliau dilihat sebagai menghalang usaha untuk membantu memudahkan urusan pertukaran agama buat muallaf Muslim.

Dalam situasi sebegini, apabila ada Muslim sendiri yang menyokong si kafir dalam menghalang usaha kebaikan untuk Islam, maka ketahuilah ia adalah satu kehinaan buat Muslim. Allah menempelak kaum munafiq yang mencari kemuliaan di sisi orang kafir sedangkan kemuliaan itu adalah milik Allah. Firman Allah:

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

“orang (munafiq) itu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat mereka dan meninggalkan orang yang beriman. Apakah mereka (orang-orang munafik itu) mencari kemuliaan dari orang kafir itu, kerana sesungguhnya kemuliaan itu adalah milik Allah.” (al-Nisa: 139)

Ketika pembukaan Kota Qubrus (Cyprus), Saidina Abu Darda didapati menangis setelah kaum Muslim memperoleh kuasa. Melihatkan keadaan ini Jubayr ibn Nufayr menegur Abu Darda. Kata beliau: Apa yang membuatkan engkau menangis pada hari Allah memuliakan kita (dengan memberi kemenangan buat Islam)? Berang mendengar perkataan tersebut, Abu Darda menjawab:

وَيْحَكَ مَا أَهْوَنَ الْخَلْقَ عَلَى اللَّهِ إِذَا تَرَكُوا أَمْرَهُ ! بَيْنَمَا هِيَ أُمَّةٌ قَاهِرَةٌ ظَاهِرَةٌ عَلَى النَّاسِ لَهُمُ الْمُلْكُ إِذْ تَرَكُوا أَمْرَ اللَّهِ فَصَارُوا إِلَى مَا تَرَى .

“Celakalah engkau (wahai Zubayr). Tidak ada makhluk yg paling hina di sisi Allah apabila mereka meninggalkan perintah Allah. Umat ini sedang memiliki kekuatan, namun apabila mereka meninggalkan urusan Allah maka engkau akan menyaksikan apa yang akan berlaku. (Abu Nuaim, Hilya al-Auliya)

Pendirian Abu Darda di sini amat jelas. Kemenangan menguasai kerajaan bukanlah matlamat terakhir perjuangan mereka. Malah yang lebih utama adalah memartabatkan Islam di dunia ini. Malah Abu Darda menegaskan bahawa:

وَيْحَكَ مَا أَهْوَنَ الْخَلْقَ عَلَى اللَّهِ إِذَا تَرَكُوا أَمْرَهُ

“tidak ada makhluk yang paling hina apabila mereka meninggalkan perintah Allah.”

Dengan sebab itu Saidina Umar menegaskan bahawa kita hanya akan dikurniakan kemuliaan (izzah) dengan Islam. Tegas Umar:

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزة من دونه أذلنا الله

“Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Bilamana kita mencari kemuliaan selain dari Islam, maka Allah akan menghina kedudukan kita.

Andai sekiranya ada satu usaha untuk memartabatkan Islam, maka ahli politik Islam wajib membantu Islam. Sekiranya usaha kebaikan tersebut dihalang oleh kafir, maka si Muslim wajib membantu Islam. Apabila mereka takut kepada kafir, saksikanlah bahawa ia adalah satu kehinaan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Pengerusi MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 627 access attempts in the last 7 days.