Perkara yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya

Risalah Al-Quran, lebih berharga daripada harta dan kemewahan mereka.

Itulah pesanan ringkas, daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, dan para pengikut baginda dalam mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan tipudaya ini.

“Sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu (wahai Muhammad) tujuh mathani (surah Al-Fatihah) dan Al-Quran yang agung. Janganlah sesekali engkau memanjangkan pandanganmu kepada nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka, berupa isteri-isteri daripada kalangan mereka, dan janganlah pula engkau sedih ke atas mereka (atas sebab tidak menerima hidayah), serta rendahkanlah dirimu kepada orang mukminin” – Surah Al-Hijr

Kalau tenung pun tak boleh, apatah lagi kalau masuk dalam hati.

Benar.

Dalam risalah, wujudnya sebuah erti dan makna, yang tiada pada nilaian kemewahan mereka.

Dalam risalah, wujudnya sebuah kemerdekaan dan kebebasan, yang tiada pada harta dan kemewahan mereka.

Dalam risalah, wujudnya sebuah ketenangan dan ketenteraman, yang tiada pada harta dan kemewahan mereka.

Dalam risalah, wujudnya sebuah kebertanggungjawaban dan ketinggian jiwa manusia, yang tiada pada harta dan kemewahan mereka.

Dalam risalah, wujudnya barisan para anbiya’ dan rasul AS, para sahabat RA dan tabien RHM, serta pewaris mereka, yang memikul sebaik-baik misi, melakukan sebaik-baik tugas, mengenali sebaik-baiknya hakikat kehidupan, berbanding senarai tokoh yang ada dalam harta dan kemewahan mereka.

Justeru, tetapkan pandanganmu, betulkan tawajjuhmu, dan imbangkan neracamu, agar kita benar-benar hidup dalam kehidupan yang bermakna.

Hanya kerana, timbangan yang benar, sepertimana kita mahu ia lebih berat di akhirat, ia harus berat dahulu, sebelum roh kita diangkat.

“Dan tiadalah bagi manusia itu, melainkan apa yang diusahakan. Dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian dia akan dibalas dengan ganjaran yang setimpalnya” – Surah An-Najm

Wallahua’lam

Ust Ahmad Syamil Esa

Ahli MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 252 access attempts in the last 7 days.