Di mana hilangnya kesetiaan sesama mukmin

SAYA mengajak semua umat Islam di negara ini merenungi serta memahami firman Allah ini:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

“Muhammad itu merupakan utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan baginda itu bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), (namun sebaliknya) bersikap penuh kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)” [al-Fath: 29].

Ayat yang mengajar kita erti “ukhuwwah islamiyyah” dalam perhubungan dan “al-wala’ wa al-bara’” dalam akidah ini merupakan ayat terakhir dalam surah al-Fath yang bermaksud kemenangan, seakan mengisyaratkan, sekiranya kita meninggalkan petunjuk ini dengan bersikap sebaliknya, maka pintu kemenangan agama pasti akan lenyap, dan kemuliaannya pasti akan ranap!

Bukalah mana-mana kitab tafsir untuk memahami ayat ini, dan dengarlah mana-mana syarahan para ilmuwan Islam yang mendalami kalamullah dan sirah Rasul.

Kita pasti akan memahami erti firman Allah ini, dan kita pasti akan mengerti konsep “rahmatan lil ‘alamin” (rahmah buat sekelian alam) itu bukan bererti “rahmatan lil kafirin” (rahmah buat orang kafir yang sering membuat onar) dan “syiddatan ‘alal mukminin” (keras pula terhadap orang beriman)!

Amat malang jika kita umat Islam yang majoriti di negara yang didakwa Islam sebagai agama rasmi, bersikap skeptikal terhadap saudara seiman yang mahu bersama, namun lunak longlai dengan mereka yang tidak beriman serta sering skeptikal terhadap agama.

Lalu untuk siapakah sebenarnya “rahmah” itu?

Dr. Kamilin Jamilin

Sumber: Kamilin Jamilin – Seni Hadith

One thought on “Di mana hilangnya kesetiaan sesama mukmin

  • August 21, 2019 at 5:18 pm
    Permalink

    Saya menyokong Dr Zakir Naik dan mahukan ia kekal berada di Malaysia. Saya anti penindasan yang dilakukan oleh kaum yang bukan islam menyekat ceramah yang dilakukan oleh beliau. Mereka bukan majoriti pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 352 access attempts in the last 7 days.