Sambut Ramadan dengan tilawah al-Quran

1. Di dalam al-Quran, Allah memperkenalkan Ramadan ini sebagai bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran. Ia secara spesifik menunjukkan bahawa Allah sendiri mengaitkan Ramadan itu dengan al-Quran. Bulan yang seharusnya kita fokus kepada al-Quran. Atas sebab itu kita melihat salafussoleh terdahulu menumpukan bulan ini sebagai bulan al-Quran.

2. al-Imam al-Syafi’e dikatakan menyelesaikan bacaan al-Quran sebanyak 60 kali khatam sepanjang bulan Ramadan. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala.

3. al-Imam Ahmad pula menceritakan bagaimana Ata’ ibn al-Sa’ib, seorang sarjana hadith yang ulung yang sentiasa khatam bacaan al-Qurannya setiap hari sekali di dalam bulan Ramadan.

4. Salam ibn Abi Muti’ pula menggambarkan kehidupan Qatadah, seorang ulama tafsir di zaman beliau. Qatadah dikatakan sentiasa menghabiskan bacaan al-Qurannya setiap minggu. Apabila datang Ramadan, beliau akan khatam setiap 3 hari sekali. Namun apabila tiba malam sepuluh yang terakhir, beliau akan khatamkan bacaan al-Quran beliau sehari sekali.

5. al-Imam Sufyan al-Thauri dan al-Imam Malik juga diriwayatakan akan menghentikan pengajian hadith mereka dan mengkhususkan kepada bacaan al-Quran apabila tiba Ramadan.

6. Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran. Marilah kita bersama menyambut Ramadan dengan memperbaiki bacaan al-Quran kita, memahami isi kandung ayat-ayat Allah ini dan menyelesaikannya sebanyak dan sebaik yang kita termampu.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Pengerusi MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 410 access attempts in the last 7 days.