Mengapa tanah umat Islam kaya dengan hasil bumi?
Petang ini ketika sedang cuba memahami kisah umat Islam di Uyghur, ada satu perkara yg saya terlihat terdapat persamaan diantara tanah-tanah yang umat Islam pernah kuasai suatu masa dahulu.
Perkara tersebut ialah kayanya tanah tersebut dengan hasil-hasil bumi. Tanah arab yg kaya dengan minyak, bumi afrika yang kaya dengan emas, Ughyur yang kaya dengan gas dan minyak bahkan Tanah Melayu sendiri yang digelar sebagai The Golden Chersonese.
Kenapa perkara ini terjadi?
Saya tidak nafikan terdapat penghujahan asbab musabab sainstifik dan geografi yang menjawab perkara ini. Tetapi kita mesti beriman bahawa mengetahui asbab musabab tidak menafikan iradah(kehendak mutlak) Allah swt yang meliputi semua perkara tersebut termasuklah hukum asbab musabab yang Dia telah ciptakan. Hakikatnya Dialah ‘Rabbul Asbab’ (Tuhan segala sebab musabbab).
Dalam cuba menjawab soalan ini, saya teringat firman Allah swt ketika mana Nabi Nub mengajak pemimpin negara untuk beriman kepada Allah. Baginda menyebut:
ΩΩΩΩΩΫ‘ΨͺΩ Ω±Ψ³Ϋ‘ΨͺΩΨΊΫ‘ΩΩΨ±ΩΩΨ§Ω Ψ±ΩΨ¨ΩΩΩΩΩ Ϋ‘ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩ Ϋ₯ ΩΩΨ§ΩΩ ΨΊΩΩΩΩΨ§Ψ±ΩΫ¬Ψ§ (ο»ΏΩ‘Ω ο»Ώ) ΩΩΨ±Ϋ‘Ψ³ΩΩΩ Ω±ΩΨ³ΩΩΩ ΩΨ’Ψ‘Ω ΨΉΩΩΩΩΫ‘ΩΩΩ Ω ΩΩΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΨ§Ψ±ΩΫ¬Ψ§ (ο»ΏΩ‘Ω‘ο»Ώ) ΩΩΩΩΩ Ϋ‘Ψ―ΩΨ―Ϋ‘ΩΩΩ Ψ¨ΩΨ£ΩΩ Ϋ‘ΩΩΩ²ΩΩΫ¬ ΩΩΨ¨ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΨ¬Ϋ‘ΨΉΩΩ ΩΩΩΩΩΩ Ϋ‘ Ψ¬ΩΩΩΩΩΩ°ΨͺΩΫ¬ ΩΩΩΩΨ¬Ϋ‘ΨΉΩΩ ΩΩΩΩΩΩ Ϋ‘ Ψ£ΩΩΫ‘ΫΩΩΩ°Ψ±ΩΫ¬Ψ§
Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (10) (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
Sayyid Qutub dalam Fi Zilal ketika membahas perkara ini menyebutkan:
“Kaedah yang disebut dibanyak tempat di dalam Al-Quran ini adalah suatu kaedah yang pasti, suatu ketetapan dan perkara inilah yang kita saksikan sepanjang tempoh kehidupan manusia. Ianya dibicarakan pada perspektif umat bukan secara peribadi.
Tidak ada suatu umat yang bertakwa kepada Allah, rajin beribadah kepada-Nya, menegakkan syariatNya dan menerapkan keadilan dan keamanan bagi semua manusia melainkan akan melimpah pada mereka kebaikan yang tersangat banyak. Allah akan memantapkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan menjadikan mereka khalifah untuk memberi kemakmuran kepada alam seluruhnya.”
Inilah bagi saya sebab utama mengapa tanah-tanah yang pernah berdirinya syariat Allah itu begitu subur. Kerana adanya manusia yang tunduk menyembahNya dengan satu alunan selari dengan alam yang berada di sekelilingnya.
Kita selalu sebut kajian eksperimen bagaimana pokok dan haiwan akan hidup cantik bila diperdengarkan ayat Quran, bayangkan pula bagaimana jika sebuah negara atau tanah tersebut didaulatkan syariat Allah, dipelihara daripada maksiat yang ditegahNya. Sudah tentu bumi tersebut akan hidup subur kerana suka berkhidmat pada manusia yang tunduk pada Tuhan yang sama sering dizikirkannya.
Inilah yang al-Quran istilahkan sebagai ‘Keberkatan Dari Langit’. Kalau nikmat hasil bumi hari ini kita kecapi kerana hasil sujud nenek moyang kita, kenapa kita hari ini tidak sujud bagi meninggalkan kesan untuk cucu cicit kita?
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)