Umat Islam perlu kenal siapa musuh mereka

Memahami medan pertembungan / pertempuran hakiki merupakan satu anasir yang sangat penting sebelum melangkah menuju medan pertempuran.

Salah faham terhadap medan pertembungan, akan menjadikan seseorang itu banyak membazir masa dalam medan-medan sampingan yang kecil dan manfaatnya kurang untuk kepentingan umat bahkan mungkin tanpa disedari tertembak kawan sendiri hingga merugikan umat dalam skala yang lebih besar.

Saya meyakini umat Islam kini dalam peperangan ideologi yang sangat dahsyat, sebelum mereka berperang secara fizikal, media dan teknologi. Atas sebab itu, segala yang saya sasarkan sebagai musuh adalah falsafah dan ideologi nafsu (a.k.a barat) yang ingin melemahkan umat Islam, menghilangkan kepahlawanan mereka hingga mereka menjadi rendah diri dan hilangnya izzah terhadap akidah Islam yang dipegang.

Segala institusi yang terbina dan timbul selepas itu adalah sebahagian agenda mereka untuk menjayakan dan menerapkan ideologi tersebut. Segala kerosakan dan gejala moral yang berlaku juga adalah kesan tertanamnya falsafah tersebut dalam masyarakat.

Inilah hakikat musuh saya, bukannya orang Islam yang ikhlas berjuang, atau mana-mana jemaah Islam, atau sahabat-sahabat seperjuangan Islam yang lain yang punyai ijtihad tersendiri dalam agenda membangunkan umat Islam.

Musuh anda pula siapa ?

Ust Ahmad Syamil Esa

Ahli Majlis  Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 806 access attempts in the last 7 days.