Kenyataan RasmiUtama

Syukur bukan untuk perlakuan maksiat

1. Media melaporkan bahawa peminat KPOP meluahkan rasa syukur apabila Kementerian berusaha membawa kumpulan KPop ke Malaysia. Konsep syukur sebegini adalah salah.

Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, syukur adalah meluahkan kepujian terhadap nikmat Allah melalui lisan, dan menimbulkan rasa kasih (kepada Allah) dalam hati dan menzahirkan perlakuan taat melalui perbuatan. Bererti syukur adalah untuk nikmat yang membawa kepada mendekatkan diri kepada Allah.

2. Syukur tidak dizahirkan kepada perlakuan yang membawa maksiat. Seseorang tidak seharusnya mengungkapkan rasa syukur setelah dia meminum arak. Dia tidak seharusnya mengucapkan: “Syukur aku dapat minum arak.” Bahkan ungkapan sebegini seakan menjurus kepada reda dengan maksiat sedangkan selemah-lemah iman adalah kebencian kepada maksiat.

3. Atas sebab itu Syeikhul Islam pernah berpesan bahawa memandang baik kepada perkara yang membawa kepada kemungkaran itu adalah satu kesesatan. Kata beliau:

مدح المحرمات، والمكروهات، وتعظيم صاحبها، هو من الضلال عن سبيل الله

“Memuji perkara yang haram atau makruh, mengagungkan pelakunya adalah satu kesesatan dari jalan Allah.

4. Malah beliau turut berpesan:

إذ ليس في فعل المحرمات والمكروهات إكرام، بل الإكرام حفظه من ذلك ومنعه منه

“Sesungguhnya tidak seharusnya seseorang itu memuliakan perlakuan yang haram dan yang makruh, bahkan kemuliaan itu adalah memelihara diri dari terjebak dengan perkara yang haram dan menegah daripadanya.

5. Semoga Allah menyelamatkan anak muda kita dari kekeliruan dalam memilih idola dan hiburan yang berlandaskan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Pengerusi MUIS

Leave a Reply