Modernisasi dalam Islam berpaksikan tauhid

Di dalam kalangan masyarakat dan pemimpin melayu, pemahaman tentang modernisasi dan westernisasi masih lemah terutama generasi millenial. Bagi pemimpin atau ahli politik dan generasi millenial modernisasi adalah ‘two sides of a same coin’ dengan westernisasi.

Masalah kekeliruan ini pernah ditimbulkan oleh Samuel P Huntington dalam buku beliau Clash of Civilization. Modernisasi adalah satu perubahan dari masyarakat tradisional kepada masyarakat modern. Malah timbul pelbagai tesis berkenaan perubahan sosial akibat dari modernisasi contohnya teori ‘divisions of labour’ oleh Emilie Durkheim, teori Max Weber, Marquis de Condorcet dan sebagainya.

Akan tetapi modernisasi dan westernisasi hendaklah dipisahkan kepada dua entiti yang berbeza. Satu berkenaan kemajuan industri dan ekonomi dan westernisasi pula adalah hegemoni culture/budaya, ideologi, peradaban dan identiti barat.

Jepun mengalami fasa modernisasi yang pantas semenjak zaman ‘industrialization’ dan berjaya membuktikan bahawa modernisasi tidak memerlukan pembawakkan westernisasi dan budaya kerja barat dan mereka berjaya mencipta hala tuju mereka sendiri.

Turki pula antara contoh kontra kepada Jepun apabila menganggap westernisasi adalah jalan modernisasi yang baik apabila mereka kehilangan identiti asal mereka, kehilangan nilai asal mereka dan digantikan dengan nasionalisma dan ruh negara nation-state.

Di Malaysia perkara ini semakin hari semakin jelas bahawa pemimpin dan ahli politik yang tidak berilmu atau mempunyai jiwa ‘colonializibility’ iaitu jiwa mudah dijajah seperti yang disebut oleh Malek Bennabi, yang begitu terpesona dengan peradaban barat sehingga memilih untuk mengambil peradaban barat sebagai unsur utama pembinaan negara.

Maka tidak hairan apabila pemimpin dan masyarakat mula menjadikan hiburan dan budaya luar menjadi keutamaan diatas nama kebaikan ekonomi, kemajuan palsu dan kepuasan nafsu (hedonism). Ini bertentangan sama sekali dengan kebahagiaan yang dijadikan teras didalam peradaban Islam malah peradaban Melayu.

Bagi peradaban Islam, kemajuan merupakan satu pelengkap kepada perubahan sosial yang berpaksikan tawhid, dan mempunyai matlamat dan ciri-ciri yang tersendiri. Di dalam Islam, kemajuan ekonomi merupakan cebisan dari pelbagai lagi kemajuan bukan penanda aras bagi kemajuan. Malah modernisasi didalam Islam melihat rasional dan sains itu tidak terpisah dari Islam itu sendiri berbeza dengan modernisasi yang dipegang peradaban lain, barat terutamanya, rasional dan sains sepatutnya berada di kedudukan yang berbeza dari agama dan agama itu tidak bermanfaat buat rational dan sains. Ekonomi bagi peradaban lain merupakan penanda aras bagi modernisasi.

Maka secara mudahnya, sepatutnya masyarakat, golongan millenial khususnya dan ahli politik Melayu sepatutnya mempunyai ilmu, nilai dan identiti berpaksikan peradaban Islam dan bukan memilih untuk menjadikan westernisasi sebagai cara memodernisasi negara. Kaca mata kita berbeza, cara hidup kita berbeza, ideologi kita berbeza maka seharusnya kita melakar peradaban kita berasaskan Islam kita, bukan memilih westernisasi sebagai jalannya.

Wallahualam.

Ust Amirul Asyraf

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 207 access attempts in the last 7 days.