Keinginan barat untuk terus berada dalam kesesatan

Antara perkara yang konsisten apabila kita cuba membaca falsafah-falsafah barat khususnya dalam hal kehidupan manusia kita akan dapati ia sentiasa berubah-ubah dan sentiasa berbeza-beza dari satu masa ke satu masa yang lain.

Mereka sentiasa mengeluarkan teori-teori yang baru dan dalam masa yang sama menafikan teori lama yang mereka sendiri buat. Kenapa ini berlaku?

Syed Qutb rahimahullah ketika berbahas soal ini dalam Surah al-An’am menyebutkan bahawa hakikatnya barat sendiri merasa ragu-ragu terhadap teori-teori kehidupan yang mereka bawa. Ia sebenarnya adalah pertembungan dalaman yang berlaku dalam diri mereka dalam cubaan mereka merungkai perkara yang sebenarnya fitrah mereka sendiri telah menafikan teori tersebut.

Beliau memberikan gambaran contohnya dalam teori menafikan tuhan yang mereka bawa. Keadaan barat dalam berhujah soal ‘ketiadaan tuhan’ adalah seperti orang yang lari dari Tuhan lalu mengambil satu jalan yang lain.

Namun apa yang berlaku saat dia sedang di jalan kedua tersebut ialah bertemu dengan Tuhan di penghujungnya, maka dia lari lagi dari Tuhan dan cuba ambil jalan lain tetapi tidak lama selepas itu dia juga bertemu Tuhan di jalan yang lain. Kemudian berlakulah proses bertembungan dalaman yang sama berulang kali.

Hakikatnya mereka ini ingin terus berada dalam kesesatan dan bukan ingin mencari kebenaran seperti yang dicanang oleh mereka. Selagi mana mereka bersandarkan kepada hawa nafsu dan tidak merujuk petunjuk Ilahi, mereka tidak akan mampu merungkai persoalan-persoalan asas kehidupan.

Inilaht fitrah yang Allah telah ciptakan dalam jiwa-jiwa manusia seperti mana diciptanya manusia penuh dengan kelemahan sehingga tidak dapat merungkai rahsia-rahsia Tuhan.

Firman Allah SWT:

قُلِ ٱلرُّوحُ مِنۡ أَمۡرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ إِلَّا قَلِيلاً۬
Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

Ust Muhammad Firdaus bin Zalani

Pegawai Penyelidik MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 806 access attempts in the last 7 days.