BeritaUtama

al-Qurahdaghi: Jadikan Jumaat ini hari untuk al-Aqsa

Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia menyeru umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat esok 5 April sebagai hari untuk mendokong perjuangan pembebasan Palestin.

“Isu Palestin khususnya Masjid al-Aqsa adalah isu kita umat Islam kesemuanya dan perjuangan membebaskannya akan sentiasa tertanam dalam jiwa kita”

Syiekh Dr Ali al-Qurahdaghi, Setiausaha Agung Pertubuhan Ulama Muslmin Sedunia berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Tambahnya lagi sesungguhnya tiada tanah lain yang lebih mulia disisi umat Islam selepas al-Haramain (dua tanah suci Makah dan Madinah) melainkan bumi al-Quds itu sendiri.

“Oleh itu saya menyeru semua pihak berperanan pada medan masing-masing untuk menyumbang ke arah pembebasan al-Quds”

“Gunalah medan media, ekonomi, sosial, harta dan apa sahaja yang umat Islam berada padanya demi membebaskan tanah suci umat Islam yang dirampas oleh Yahudi Zionis ini”

Beliau juga menyeru supaya hari Jumaat ini seluruh media dan khatib menyampaikan khutbah untuk menyedarkan umat berkaitan isu Palestin khususnya Masjid al-Aqsa yang secara berterusan sedang diancam.

 

sumber berita

Leave a Reply