Petunjuk Nabi SAW tentang pentingnya pembentukan Negara Islam

1. Sebelum ini, kebanyakkan kita apabila berbicara soal Hijrah Nabi SAW bermula dari Habsyah, Taif kemudian Madinah sering dibayangkan bahawa hijrah itu berlaku oleh keranan tekanan Kafir Quraish lalu umat Islam ketika itu ingin keluar dari tekanan tersebut. Sebenarnya pandangan itu kurang tepat.
 
2. Syed Qutb rahimahullah (Fi Zilal) menyebut kalau kita lihat Sahabat nabi yang berhijrah ke Habsyah lagi bukanlah dikalangan mereka yang diseksa oleh Quraish Mekah. Tetapi mereka adalah golongan pemimpin umat Islam ketika itu yang mempunyai kedudukan ternama dan perlindungan di Mekah. Sebut sahaja seperti Jaafar bin Abu Talib, Zubair, Abd Rahman Auf dll. Hamba yang sedang terseksa tidaklah berhijrah dan masih kekal di Mekah. Jadi apa tujuan Nabi suruh untuk berhijrah?
 
3. Menurut Abu Faris (al-Nizam Siyasi fi al-Islam), apa yang berlaku setelah lebih 10 tahun di Mekah ialah Islam ketika itu telah capai ke satu fasa yang memerlukan pembentukan sebuah negara yang lengkap. Dua daripada tiga unsur pembentukan sebuah negara telah wujud iaitu adanya pemerintah (Nabi SAW) dan rakyat (masyarakat Islam). Jadi mereka memerlukan unsur yang ketiga iaitulah tanah bagi melengkapkan pembentukan negara.
 
4. Al-Ghadban (Manhaj Haraki) menyebut bahawa Mekah tidak dipilih kerana tiada keamanan dan tiada kemampuan membentuk kuasa Islam yang mempu menguasai tempat tersebut. Habsyah pula tidak dipilih atas beberapa sebab antaranya ia terlalu jauh dari Mekah, Najashi tidak mempunyai kuasa wewenang, bangsa Habsyah berbeza dengan bangsa arab jadi sudah tentu arab tidak akan menerima kepimpinan Habsyah dan juga sejarah hitam peristiwa tahun Gajah.
 
5. Jadi sebab itu Rasulullah cuba ke Taif pula kerana keturunan arab di Taif antara yang dihormati arab tetapi apa yang berlaku Baginda dihalau dari sana. Akhirnya yang dipilih ialah Madinah (Yathrib) setelah dibuat perjanjian politik (baiah Aqabah pertama dan kedua).
 
6. Kesemua perkara ini menunjukkan bahawa Hijrah Nabi SAW bukanlah sekadar ingin keluar dari penyeksaan semata-mata. Tetapi di sana ada satu matlamat lain lebih besar yang menuntut kepada hijrah iaitu membina sebuah negara. Mereka percaya pelaksanaan Syariat yang sempurna hanya dapat dicapai dengan terbentuknya sebuah negara. Sebab itulah ada sebahagian ulama sirah bila sebut tentang peristwa ini disebut sebagai “revolusi politik” (inqilab siyasi)
 
7. Di sisi Islam, sebuah negara bukanlah berbicara soal kuasa semata-mata, tetapi ianya adalah sebahagian daripada penyempurnaan Syariat itu sendiri. Surrahman Hidayat (Taayush al Silmi Baina Muslimin wa Ghairahum) menyebut kewajipan mendirikan negara Islam adalah sebaris dengan kewajipan solat bagi seorang muslim.
 
Jadi adakah kita masih ragu-ragu ingin menyebut dan mempertahankan “Malaysia Negara Islam”?
 
#MalaysiaNegaraIslam
 
Ust Muhammad Firdaus Zalani
Pegawai MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 525 access attempts in the last 7 days.