Wujudkah rahmah buat pembunuh Muslim?

1. Ketika seorang lelaki Muslim dibunuh oleh Yahudi Bani Qainuqa’ kerana mempertahankan maruah seorang perempuan Muslimah, Rasulullahﷺ segera menyiapkan bala tentera Bagindaﷺ bagi memberi pengajaran buat Yahudi bahawa nyawa dan maruah seorang Muslim tidak semudahnya diperkotak-katikkan.

2. Ibn al-Athir pula meriwayatkan kisah yang masyhur tentang seorang wanita Muslimah yang menjadi tawanan ketika Zibatra (Sozopetra) ditawan oleh tentera Byzantine Rom. Tawanan wanita ini dianiya sehingga beliau menjerit: Wa Mu’tasamah! (Wahai Mu’tasim!) bagi meminta tolong dari Khalifah Abbasiyyah ketika itu.

Rintihan wanita ini didengari oleh seorang Muslim lalu segera menyampaikan berita tersebut kepada Khalifah. al-Mu’tasim mempersiapkan bala tenteranya bagi mempertahankan tanah Muslim yang dicerobohi sehingga mereka menang.

3. Begitu juga al-Mansur ibn Abi Amir, pemerintah Andalusia yang menggerakkan tenteranya bagi menyelamatkan wanita Muslimah yang menjadi tawanan di Navara (sempadan diselatan Perancis dan Sepanyol). Kerajaan Andalus dan Kerajaan Kristian yang memerintah Navara ketika itu telah mempunyai perjanjian bahawa seorang Muslim tidak boleh dijadikan tawanan.

Apabila wakil al-Mansur menziarahi Navara, beliau dimaklumkan tentang tiga orang Muslimah yang ditawan dan diletakkan digereja. Perkara ini menimbulkan kemarahan. al-Mansur lalu mengerahkan tenteranya untuk menyelamatkan Muslimah tadi.
(ابن عذاري: البيان المغرب، 2/297، والمقري: نفح الطيب، 1/403.)

4. Lihatlah bagaimana Rasulullahﷺ serta pemimpin Muslim selepas Baginda mempertahankan nyawa orang Islam, tanah serta maruah mereka. Semoga Allah mengurniakan kekuatan buat kepimpinan Islam untuk mempertahankan Islam dan Muslim.

Apakah ada Rahmah dan Toleransi buat pembunuh orang Islam?

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 368 access attempts in the last 7 days.