Nyawa yang lebih berharga daripada dunia

إنا لله وإنا إليه راجعون

Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyampaikan salam takziah buat ahli keluarga serta seluruh umat Islam atas pemergian seorang perwira anggota Bomba, Al-Marhum Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pemergian Al-Marhum Adib adalah disebabkan pembunuhan. Oleh itu MUIS menyeru supaya pihak berkuasa supaya dapat menangkap serta menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap semua mereka yang terlibat sebagai pelaku jenayah ini.

Sedarlah bahawa disisi Allah swt, terbunuhnya seorang muslim tanpa hak lebih lebih besar nilainya disisi-Nya daripada hilangnya dunia.

Dari al-Baraa’ bin Aazib ra bahawa Nabi saw bersabda,

لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ قَتْلِ مُؤْمِنٍ بِغَيْرِ حَقٍّ

“Hilangnya dunia, lebih ringan bagi Allah dibandingnya terbunuhnya seorang mukmin tanpa hak.” (HR Nasai)

Moga dengan kematian ini ianya dapat menghidup serta membangkitkan hati-hati kita yang selama ini lesu daripada menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Moga Allah merahmati Al-Marhum Adib serta mengurniakan beliau Syurga al-Firdaus yang tertinggi.

Dr Mohd Soberi Awang

Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 525 access attempts in the last 7 days.