Jihad Hamas mengajar erti teguh dan setia pertahankan Islam

BANGI, 29 DISEMBER- Usaha jihad yang tunjukkan oleh Hamas selama ini adalah lambang sinar kebangkitan ummah di kala umat Islam diseluruh dunia sedang ditekan oleh musuh-musuh Islam dari segala penjuru.

“Jihad yang ditunjukkan oleh Hamas pada seluruh umat Islam di seluruh dunia bukanlah pada maksud ruangan sempit mengangkat senjata, tetapi ianya mempunyai maksud yang besar iaitu tetap berjuang dan setia memelihara agama Islam daripada dirobek oleh musuh sama ada dari sudut fizikal mahupun pemikirannya.”

Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Soberi Awang berkata demikian sempena sambutan 31 tahun penubuhan Hamas baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kami umat Islam di Malaysia mengucapkan tahniah kepada Hamas yang sudah menjangkau umur 31 tahun dan rakyat Palestin umumnya kerana terus setia dan teguh mempertahankan tanah suci umat Islam Al-Quds.

“Pengorbanan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin dan Hamas selama ini bukan perkara yang mudah serta ianya adalah suatu pengorbanan sangat besar yang kita umat Islam seluruh dunia sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada mereka”

Beliau juga menyeru supaya kita umat Islam khususnya di Malaysia perlu ingat, hakikatnya mempertahankan tanah bumi Al-Quds itu adalah fadhu ain terhadap seluruh umat Islam.

“Oleh itu walaupun rakyat Palestin telah berjihad dengan menyerahkan nyawa dan darah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk turut sama berjihad pada ruang kemampuan kita iaitu dengan harta dan mendidik masyarakat dalam memahami isu Al-Quds” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 352 access attempts in the last 7 days.