Berhenti cemari kesucian Nabi SAW dengan kekotoran janji politik
1. YB Khalid dilaporkan berkata bahawa kegagalan mereka menunaikan janji manifesto adalah disebabkan kerana terdapat halangan. Namun apabila mengaitkan perkara ini dengan Umrah Rasulullahο·Ί pada tahun Hudaibiyyah, ia adalah analogi yang tidak tepat.
1.1 Kata Khalid: “Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat. βItu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa.”
2. Khalid dilihat sebagai mengaitkan janji manisfesto dengan Umrah Rasulullah. Analogi ini adalah tidak tepat. Ini adalah kerana, keluarnya Rasulullahο·Ί untuk menunaikan Umrah pada waktu Hudaibiyyah tersebut dikira sebagai Umrah. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam Sahihnya yang menyebutkan:
ΨΉΩ Ψ£ΩΨ³ Ψ±ΨΆΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩ: “Ψ£ΩΩΩΩ Ψ±ΩΨ³ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩ Ψ΅ΩΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩΩΩΩ ΩΨ’ΩΩ ΩΩΨ³ΩΩΩΩΩ Ω Ψ§ΨΉΩΨͺΩΩ ΩΨ±Ω Ψ£ΩΨ±ΩΨ¨ΩΨΉΩ ΨΉΩΩ ΩΨ±ΩΨ ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ΩΩΩ Ψ°ΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΨΉΩΨ―ΩΨ©Ω Ψ₯ΩΩΩΩΨ§ Ψ§ΩΩΩΨͺΩΩ Ω ΩΨΉΩ ΨΩΨ¬ΩΩΨͺΩΩΩ: ΨΉΩΩ ΩΨ±ΩΨ©Ω Ω ΩΩΩ Ψ§ΩΩΨΩΨ―ΩΩΩΨ¨ΩΩΩΨ©ΩΨ Ψ£ΩΩΩ Ψ²ΩΩ ΩΩΩ Ψ§ΩΩΨΩΨ―ΩΩΩΨ¨ΩΩΩΨ©Ω ΩΩΩ Ψ°ΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΨΉΩΨ―ΩΨ©Ω…
βDaripada Saidina Anas, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah menunaikan Umrah sebanyak empat kali, kesemuanya di dalam bulan Zulqaedah melainkan Umrah yang dilakukan bersama ibadah Haji Baginda. Umrah yang pertama adalah Umrah daripada Hudaibiyyah, atau Umrah ketika waktu Hudaibiyyah pada bulan Zulqaedahβ¦β (HR al-Bukhari)
3. Dalam menghuraikan hadith ini, al-Imam Ibn Hajar menyatakan bahawa Umrah pada hari Hudaibiyyah tersebut juga dikira sebagai salah satu Umrah yang empat yang dilakukan oleh Rasulullah. Kata Ibn Hajar:
ΩΩ ΨͺΩΩ ΩΨ³Ψ―Ψͺ ΨΨͺΩ ΩΨ¬Ψ¨ ΩΨΆΨ§Ψ€ΩΨ§Ψ Ψ¨Ω ΩΨ§ΩΨͺ ΨΉΩ Ψ±Ψ© ΨͺΨ§Ω Ψ©Ω
βUmrah tersebut tidak dianggap sebagai Umrah yang rosak yang perlu di qadha. Bahkan ia adalah Umrah yang sempurna.”
Atas sebab itu Umrah Hudaibiyyah dianggap sebagai Umrah yang empat yang pernah ditunaikan oleh Rasulullah seperti yang dinyatakan dalam hadith al-Bukhari di atas.
4. Pendapat yang sama turut disuarakan oleh al-Imam Ibn al-Qayyim di dalam Kitabnya Zad al-Maad yang meletakkan Umrah Hudaibiyyah sebagai Umrah yang pertama Baginda setelah hijrah. Beliau seterusnya menjelaskan:
ΩΨ΅Ψ―ΩΩΩ Ψ§ΩΩ Ψ΄Ψ±ΩΩΩ ΨΉΩ Ψ§ΩΨ¨ΩΨͺ ΩΩΨΨ± Ψ§ΩΨ¨ΩΨ―ΩΩ ( Ψ£Ω ΩΨ―ΩΩ Ω Ω Ψ§ΩΨ₯Ψ¨Ω ) ΨΩΨ« Ψ΅ΩΨ―ΩΩ Ψ¨Ψ§ΩΨΨ―ΩΨ¨ΩΨ© ΩΨΩΩ ΩΩ ΩΨ£Ψ΅ΨΨ§Ψ¨Ω Ψ±Ψ€ΩΨ³ΩΩ ΩΨΩΩΩΨ§ Ω Ω Ψ₯ΨΨ±Ψ§Ω ΩΩ ΩΨ±Ψ¬ΨΉ Ω Ω ΨΉΨ§Ω Ω Ψ₯ΩΩ Ψ§ΩΩ Ψ―ΩΩΨ© .
βApabila Qurasyh menghalang Rasulullah, Baginda menyembelih al-Budn (unta Baginda), kemudian Rasulullah mencukur kepala, dan bertahallul dari ihram mereka dan pulang ke Madinah.
5. Jelas melalui huraian Ibn Hajar dan Ibn al-Qayyim ini menunjukkan bahawa Rasulullah menunaikan Umrah pada tahun Hudaibiyyah tersebut. Dakwaan yang menyatakan Rasulullah tidak menunaikan janji kerana dihalang oleh Quraysh tersebut adalah dakwaan yang tidak tepat.
6. Akhir sekali, janganlah kerana kesilapan kita, bebanan ini diletakkan kepada Rasulullahο·Ί.
Moga Allah merahmati kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi MUIS
sapo kahlid ni .. ulamak ko gapo