Demokrasi tidak pernah sama dengan Syura

1. Ahlul Halli Wal Aqdi ialah sekumpulan manusia yang mempunyai sifat dan ciri hampir menyamai sifat dan ciri ketua negara yang diserahkan kemaslahatan umat di bawah kepimpinannya.

2. Tugas Ahlul Halli Wal Aqdi ialah bersyura untuk melantik dan memecat ketua negara.

3. Sekarang tugas itu diserahkan kepada anak muda berusia 18 tahun, tanpa apa-apa syarat dari segi sifat dan ciri tertentu.

4. Teramat jahil orang yang bercakap bahawa keputusan itu selari dengan syariah kerana umur baligh pun lebih rendah daripada itu, malah kanak-kanak pun sah menjadi imam.

5. Demokrasi memang sarang kebodohan. Sebaliknya syura mengangkat kemuliaan manusia. Sesiapa yang menyamakan demokrasi dan syura, kemungkinan besar dia adalah mangsa yang tertipu akibat kejahilan.

6. Syura maksudnya kena jadikan wahyu dan maslahat umat sebagai rujukan, bukan nafsu yang diungkap sebagai hak asasi. Kehendak individu dan kepentingan parti tidak harus sekali-kali memudaratkan maslahat umat.

7. Syura maksudnya kena jadikan ilmu dan kepakaran sebagai landasan, bukan bilangan. Bilangan faktor sampingan. Oleh itu populariti bukan sasaran pemimpin, sehingga membawa kepada tindakan populis yang membodohkan umat.

8. Syura maksudnya membawa ke arah permuafakatan dan kestabilan, bukan bantahan dan ketidakstabilan sepanjang masa. Oleh itu sepatutnya tidak timbul budaya menipu dan memfitnah, asal boleh menjatuhkan parti lawan.

9. Syura maksudnya dalam kalangan mereka yang bebas daripada sebarang pengaruh luaran; pembiaya kapitalis berkepentingan dan kuasa luar.

10. Gaya demokrasi berparlimen peninggalan British ini menyebabkan blok kerajaan dan pembangkang berpisah dan bersaing atas dasar kepentingan merebut dan menjaga kuasa, yang mengabaikan kepentingan sebenar umat Islam. Peranan jaga agama hilang, demi jaga kuasa atau rebut kuasa.

11. Keadaan semakin buruk apabila wujud pembiaya kapitalis yang mengawal politikus dari belakang tabir.

Ust Hazizi Abd Rahman

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1874 access attempts in the last 7 days.