Dr. Zakir Naik dan Dakwah Rasulullah 

1. Salah suatu kekuataan pebincangan ilmiah (intellectual discourse) yang dibawa oleh Dr. Zakir Naik adalah melakukan perbandingan agama dan meninggikan kedudukan Islam. Kaedah sebegini pernah berlaku di zaman Rasulullah.

2. Pernah suatu ketika Rasulullah menegur ‘Adiy ibn Hatim al-Ta’i dalam perkara aqidah Kristian. ‘Adiy adalah seorang Kristian Arab dan beliau menyangkakan beliau lebih tahu dari Rasulullah tentang agama Kristian. Namun Rasulullah telah melakukan “intellectual discourse” dengan menyatakan kesalahan doktrin Kristian sehingga ‘Adiy memeluk Islam.

3. Di dalam dialog tersebut Rasulullah menegur kesilapan ‘Adiy sebagai seorang Krtistian. Sabda Rasulullah:

«أَلَسْتَ رَكُوسِيًّا؟» قُلْتُ: بَلَى، قَالَ: «أَوَلَسْتَ تَأْخُذُ الْمِرْبَاعَ؟» قُلْتُ: بَلَى، قَالَ: «ذَاكَ لَا يَحِلُّ لَكَ فِي دِينِكِ.

Wahai ‘Adiy, bukankah kamu ini adalah seorang yang menganut ‘rakusian’(satu golongan daripada agama Kristian dan Yahudi). Adiy berkata: Ya benar. Bukankah kamu memakan satu perempat daripada hasil ghanimah? Adiy berkata: Ya. Bukankah itu haram di sisi agama kamu? Adiy lalu terdiam.

4. Nah! Lihatlah dialog dan analisis fahaman agama yang dilakukan oleh Rasulullah ini sehingga menyebabkan Adiy memeluk Islam. Apakah Rasulullah tidak bimbang menjaga hati ‘Adiy yang juga seorang Kristian ketika itu?

5. Apa yang saya lihat, dakwah yang dibawa oleh Dr. Zakir adalah lebih kepada intellectual discourse yang membincangkan pemahaman agama dan membetulkannya sehingga menyerlahkan kebenaran Islam.

Kaedah ini juga pernah dilakukan oleh Rasulullah. Malah bukankah Nabi Ibrahim melakukan “intelectual discourse” yang mengancam kedudukan agama ayahnya? Apakah Quran memberikan kita kaedah dakwah yang tidak rahmah?

Moga Allah memberikan rahmat buat semua yang memartabatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1365 access attempts in the last 7 days.