Hifz al-Din (memelihara agama) meliputi agama lain?

1. Al-Imam Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa maqasid syarak (tujuan syarak) yang paling tinggi adalah menjaga agama (hifz al-Din) iaitu menjadikan Allah Tuhan yang disembah dan tidak ada manusia yang mensyirikkannya. Ini kerana hanya agama Islam adalah agama yang diredai Allah. (Majmu’ Fatawa, 2/13 ).

2. Dalam menghuraikan maksud hifz al-Din, Sheikh al-Khadimi pula menyatakan bahawa maksudkan dengan menjaga agama (hifz al-din) adalah:

“Memperkukuhkan hukum-hukum agama (Islam) kepada manusia dan kehidupan alam ini serta melakukan amalan untuk menjauhkan sesuatu dari apa yang bertentangan dengan agama Allah seperti bid’ah dan kekufuran (Ilm al-Maqasid al-Syar’iyyah, Nuruddin al-Khadimi).

3. Bagi al-Imam al-Syatibi pula menyatakan bahawa maksud menjaga agama adalah:

“Memperkasakan rukun-rukun agama Islam serta hukum-hukumnya yang ada”. (al-Syatibi, al-Muwafaqat)

4. Manakala Sheikh al-Munajjid menegaskan bahawa dalam menjaga agama, seorang Muslim seharusnya menekankan perihal agama yang diredai Allah itu sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ
Sesungguhnya Agama yang diredai di sisi Allah itu adalah agama Islam.

Begitu juga Allah berfirman:

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Bererti, agama yang Allah redha hanyalah agama Islam dan tugas Muslim adalah memelihara agama Islam.

5. Dalam sumber-sumber rujukan yang dirujuk, kebanyakan sarjana Islam menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan menjaga agama adalah memelihara agama Islam. Itulah maksud sebenar hifz al-din (menjaga agama).

6. Menghormati hak orang lain untuk beragama adalah ruang toleransi yang diletakkan di dalam hubungan kita sesama Muslim. Tetapi asasnya bagi seorang Muslim itu adalah menekankan soal menjaga, memelihara dan memperkukuhkan agamanya sendiri.

6. Tiada pula kami dapati lagi maksud menjaga agama ini adalah menjaga semua agama termasuk agama yang menyembah syaitan.

Apakah kita redha dengan kekufuran?

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1422 access attempts in the last 7 days.