Hati-hati dengan fitnah dunia

TIBA-TIBA malam ini teringat kepada emak yang telah lama meninggal dunia. Beberapa minggu yang lepas, saya bermimpi berjumpa dengan beliau. Beliau tak berkata apa-apa. Hanya tersenyum melihat saya.

Antara nasihat yang beliau pernah sebut pada saya: “Mak ni mengaji tak pandai. Bacapun tak reti (penerangan: mak saya buta huruf rumi. Jawi boleh baca sikit-sikit). Tapi mak ingat sungguh kata-kata tok guru haji omar (penerangan: salah seorang guru agama yang mengajar di masjid penaga dan bakar kapur. Seorang yang mak amat hormati).

Dia kata: “Kita ni kena berawasi betul-betul dgn dunia. Dunia ni boleh merubah manusia. Yang baik jadi jahat, yang jahat jadi lebih jahat. org alimpun boleh berubah dgn dunia. Berapa ramai orang alim yang lupa ilmu dia sebab dunia. Cari dunia, sampai gadai akhirat. Sanggup sembunyi kebenaran sebab nampak dunia. Cakap tah apa-apa sebab nak cari dunia. bermudah-mudah sebab nak popular, nak bagi org suka. Nak tegur benda salahpun tak berani, sebab nak dunia. Sapa yang hidup cari dunia semata-mata, selama-lamanya dia tak akan rasa cukup. Itu Nabi dah janji. Tapi kalau sapa cari akhirat, insya Allah, Allah akan cukupkan dunia dia. Walau tak mewah, tapi dia akan rasa cukup”

Kata Mak: “Hang nanti bila dah habih mengaji, mula mengajaq, hang jangan lupa pesan mak ni. Kena mengajaq benda yang betui. Tok sah kira apa org kata. Bila buat keputusan, ikut betui-betui apa yang hang mengaji. Kalau hang rasa benda tu betui, ikut apa Tuhan kata, buat aja. Tok sah kira apa orang kata. Nanti bila mak mati, hang jangan lupa doa selalu kat mak. Mak takut amalan mak tak cukup. Harap-harap doa hang boleh bantu mak nanti”.

Semoga Allah SWT merahmati Ibubapa saya, mengampun segala dosa mereka, memberikan kelapangan kepada mereka di dalam kubur mereka dan memasukkan mereka dalam syurgaNya di akhirat nanti. Semoga apa juga kebaikan yang saya lakukan menjadi saham kebaikan kepada mereka di akhirat kelak.

Kata-kata yang mak saya sebut daripada Tok Guru Haji Omar tu adalah pemahaman daripada hadis Nabi (SAW):

1) Riwayat Imam Ahmad
مَنْ كَانَ هَمُّهُ الآخِرَةَ جَمَعَ اللَّهُ شَمْلَهُ وَجَعَلَ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِىَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ نِيَّتُهُ الدُّنْيَا فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا كُتِبَ لَهُ “.

2) Riwayat Imam Tirmizi
” مَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِىَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهَ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قُدِّرَ لَهُ “.

Terjemahan Hadis riwayat Imam Tirmizi:

“Sesiapa yang akhirat menjadi matlamatnya, maka Allah SWT akan menjadikan kekayaan itu berada di dalam hatinya, dan Allah akan kumpulkan urusannya, dan dunia akan mendatanginya dengan keadaan raghimah (gambaran bagaimana dunia dtg kepadanya dengan mudah), walaupun dengan keadaan tak suka (maksudnya dunia akan tetap datang pada dia dengan keadaan mudah walaupun seolah-olah dunia tu tak nak datang pada dia) dan sesiapa yang matlamatnya hanya dunia, maka Allah akan jadikan kefakiran berada antara kedua matanya (maknanya sebanyak mana sekalipun dia daat dunia, dia tak akan pernah rasa cukup), dan Allah SWT akan pecahkan urusannya (jadi tak menentu dan dia tidak pernah tenang) dan dunia tidak akan mendatanginya melainkan apa yang telah ditetapkan untuknya (walaupun dia bekerja cukup kuat)”

Banyakkan berdoa:
اللهم لا تجعل الدنيا اكبر همنا ولا مبلغ علمنا

Semoga Allah merahmati kita semua.

Ustaz Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 3250 access attempts in the last 7 days.