Ulama Palestin menyeru umat Islam Malaysia melakukan ‘Jihad Harta’

BANGI, 12 Disember- Umat Islam seluruh dunia serta di Malaysia khususnya diseru supaya membantu perjuangan Palestin ini dengan apa sahaja cara terutama dengan cara terus membantu rakyat Palestin dengan memberi sumbangan harta bagi mengurangkan beban yang sedang ditanggung oleh saudara kita di sana.

“Saat dunia arab sudah mula menutup pintu-pintu mereka terhadap rakyat Palestin yang semakin dizalimi, kini kami hanya mengharapkan bantuan serta sumbangan daripada umat Islam serata dunia termasuk Malaysia inilah untuk membantu perjuangan kami disana.”

Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin, Sheikh Dr Nawaf Takruri berkata demikian dalam satu ziarah rasmi untuk bertemu dengan Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang diwakili oleh Dr Isa Hamzah.

Tegasnya lagi apabila kita melihat dalam Al-Quran kita akan mendapati semua ayat yang menyebut tentang jihad pengorbanan jiwa pasti akan disebutkan bersama jihad harta itu sendiri, bahkan kesemua ayat tersebut akan mendahulukan pengorbanan harta sebelum pengorbanan jiwa kecuali satu tempat di dalam Al-Quran.

“Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kedua jenis jihad ini perlulah berjalan seiring, saat umat Islam Palestin mengorbankan darah dan tubuh mereka demi mempertahankan kota suci al-Quds sepatutnya umat Islam disini mengorbankan harta dan keringat demi membantu perjuangan disana”

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Syiekh Dr Hammam Said, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin iaitu Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin iaitu Ustaz Awang Suffian bin Awang Piut.

Katanya lagi hari ini perjuang Palestin sedang diuji dengan satu ujian yang sangat getir iaitu perjuangan Palestin ini sedang melangkah kebelakang seperti 15 tahun yang lalu dimana perjuangan ini mereka rasakan sedang dipikul sendirian dan hanya disokong oleh masyrakat awam sedangkan negara-negara Islam lain terus mengabaikan mereka.

“Jika kita hari ini terus leka dan tidak ambil kisah tentang perjuangan ini, aku takut-takut perjuangan ini akan mati dan rejim zionis akan merampas seluruh tanah Palestin itu sendiri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 3250 access attempts in the last 7 days.