Tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel bakal mengundang kebangkitan Dunia Islam

PALESTIN, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa- Tindakan Negara Amerika Syarikat melalui Presidennya Donald Trump yang bakal mengiktiraf bahawa al-Quds merupakan ibu negara bagi kerajaan haram rejim Zionis Israel bakal mengubah landskap pertembungan antara Palestin dan Israel itu sendiri.

“Mereka hendaklah tarik balik kenyataan ini atau mereka akan melihat umat Islam seluruh dunia bangkit menentang kezaliman ini”

Pertubuhan Ulama Dunia Islam mengeluarkan kenyataan mereka baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Dr Khaldun Aritoh, Setiausaha Majlis Pertubuhan Islam di Lubnan turut menyatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AS itu adalah satu pendirian yang ‘gila’.

“Pendirian ‘gila’ seperti ini akan merubah daripada pertembungan politik kepada sebuah pertembungan agama yang bakal membawa kebangkitan dunia Islam keseluruhannya”

Yayasan Maghribi untuk Palestin juga menyatakan pendirian ini adalah satu pendirian yang langsung tidak berperikemanusiaan serta melanggar hak-hak kehormatan lainnya

Pegawai pentadbiran kanan Amerika Syarikat, menjangkakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat pengumuman pada Rabu ini, mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Reuters, tindakan Trump disifatkan mengubah polisi AS di Asia Barat, selain meningkatkan ketegangan di kawasan yang sedia bergolak itu.

Perkara ini juga mendapat tentangan ramai pihak termasuk umat Islam diserata dunia yang mahukan supaya polisi ini ditarik balik.

sumber asal disini 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 2376 access attempts in the last 7 days.