Pembebasan Baitulmaqdis hanyalah dengan Jihad serta perjuangan bukan dialog

GAZA, 29 Disember- Rabitah Ulama Palestin menyeru dunia Arab dan umat Islam keleruhannya untuk melakukan segala bentuk jihad bagi membebaskan Baitulmaqdis daripada kezaliman rejim Zionis Israel serta berhenti berharap janji-janji kosong daripada perjanjian atau dialog.

“Palestin menuntut kepada harta kamu, sokongan kamu dan tentera-tentera kamu kerana tanah ini hanya akan bebas dengan perjuangan jihad, bukan dialog atau perdamaian”

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh jurucakap Rabitah Ulama dalam satu sidang media di Masjid Umari, Gaza pada hari Rabu baru-baru ini.

Serunya lagi pemimpin-pemimpin Negara Islam hendaklah menubuhkan satu persepakatan yang menggandingkan dikalangan ulama serta umara antara negara-negara Islam bagi menyusun strategi ke arah pembebasan bumi Palestin.

“Kami juga menyeru pemimpin negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan Amerika Syarikat kerana membantu Baitulmaqdis adalah kefardhuan pada saat ini yang perlu disempurnakan oleh semua pihak”

Tegas mereka lagi, saat ini perkara yang paling doruri yang perlu disegerakan adalah penyatuan ummah kerana hanya dengan penyatuan inilah segala permasalahan umat khususnya isu Baitulmaqdis dapat diselesaikan.

 

sumber: mashreqnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 6454 access attempts in the last 7 days.