Malanglah Buat Mereka Yang Tidak Hadir Persidangan OIC

Sidang Kemuncak OIC yang diadakan di Istanbul merupakan satu persidangan yang amat penting. Ia merupakan salah satu jalan kebaikan Islam di seluruh dunia untuk mengubah perhatian para pemimpin yang tidak mengambil peduli terhadap penjajahan Zionis ke atas Palestin. Begitu juga kehilangan kemuliaan mereka dan keberanian mereka, sebaliknya bersifat tegas terhadap orang mukmin dan lemah serta tunduk kepada orang-orang kafir. Mereka adalah kumpulan sekutu syaitan yang menjadikankan musuh-musuh Islam sebagai pemimpin mereka.

Meskipun sidang kemuncak itu tidak mencapai tahap resolusi hingga kepada penentangan terhadap Perjanjian Balfour yang sudah dilupakan setelah munculnya isu Trump yang terbaru. Isu Palestin yang melibatkan setiap inci tanah yang dijajah itu telah diperkecilkan kepada isu penaklukan yang hanya terbatas kepada garis penjajahan pada tahun 1967 dan kemudiannya diperkecilkan lagi kepada isu Baitul Maqdis Timur.

Semoga sidang kemuncak yang terkini ini sekurang-kurangnya dapat merapatkan barisan kesatuan umat Islam untuk menghadapi cabaran selepas munculnya tipu daya Zionisme dan rancangan mereka selepas ini. Ia juga salah satu cara yang akan menyelesaikan isu utama umat Islam, iaitu isu penjajahan setiap inci tanah Palestin dan akan membebaskannya sepertimana janji Allah SWT.

Sesiapa yang menghadiri sidang kemuncak ini di dalam hati mereka adanya sekecil zarah kebanggaan terhadap Islam dan sebahagian daripada mereka lebih kuat daripadanya. Dan buruklah bagi mereka yang tidak hadir dan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat nanti. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Masyarakat minoriti Islam di seluruh dunia akan terus bersama-sama dengan saudara-saudara mereka di dunia Islam termasuklah yang bukan Islam juga turut menuntut agar Palestin dibebaskan dari belenggu Zionis. Mereka menyertai demonstrasi secara lisan dan pena, bahkan dengan perasaan selemah-lemah iman mereka.

Maka, dimanakah mereka yang tidak hadir di kalangan raja-raja, para pemerintah dan para ulamak yang menyifatkan mereka sebagai ‘Ulul Amri’ di atas muka bumi Islam. Tidakkah mereka merasa malu kepada Perdana Menteri Venezuela dari wilayah jauh nun di sebelah Barat yang hadir sebagai penghormatan ke atas umat Islam.

Malangnya, masih ada sebahagian pemimpin dan raja-raja yang tidak hadir sebagai tanda penghormatan kepada Zionis dan yang dilahirkan daripada mereka. Malanglah bagi mereka yang tidak hadir!

Kami dengan sepenuh keyakinan beriman kepada sabda Nabi Muhammad S.A.W yang tidak bercakap dengan hawa nafsunya:

“Sesungguhnya ahli Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya tidak akan terkesan sama sekali dengan sesiapa yang ingin melemahkan dan menghina mereka, dan tidak sedikit pun tindakan itu memudaratkan para pejuang (yang memperjuangkan kebebasan Palestin) sehinggalah datangnya janji kemenangan daripada Allah SWT.”

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden,
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1677 access attempts in the last 7 days.