Isu Baitulmaqdis: Umat Islam tidak sepatutnya berhenti hanya pada kecaman atau demonstrasi

ISTANBUL, 23 Disember- Kecaman, demonstrasi dan kebangkitan semangat yang kita lihat dalam dunia Islam hari ini terhadap AS dan rejim Zionis Israel adalah suatu perkara yang baik namun ianya perlu pergi lebih jauh jika kita benar-benar serius untuk menyelesaikan isu Palestin.

“Kami menyeru supaya umat Islam dan pemimpin-pemimpinnya mula keluar daripada fasa sekadar mengecam atau mengutuk kepada fasa amal iaitu membuatu perancangan serta strategi khususnya agenda penyatuan umat yang menjadi kunci pembebasan Al-Quds”

Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Syiekh Dr Ali Qurahdaghi berkata demikian dalam satu wawancara Mukamilin TV berkenaan isu semasa Palestin.

“Inilah juga yang kita perhatikan dalam sejarah Islam apabila Al-Quds ditawan oleh Kristian dalam peperangan Salib, ulamalah golongan pertama yang mula menggariskan satu strategi dan perancangan bagaimana ingin membebaskan kota Al-Quds.”

“Maka mereka memperbetulkan pemimpin politk pada kadar yang mereka mampu, mereka mendidik dan membangunkan madrasah yang akhirnya lahirlah mujahid-mujahid seperti Nuruddin Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi yang menjadi kunci kepada pembebasan Baitulmaqdis.”

Katanya lagi kita juga hendaklah mula membicarakan soal “merdeka” atau pembebasan Palestin daripada penjajahan dan bertukar daripada menyebut soal keamanan.

“Hakikatnya istilah menyelesaikan secara aman adalah retorik mereka (Zionis Israel) semata-mata sedangkan apa yang mereka mahukan bukanlah penyelesaian secara aman tetapi penjajahan Palestin secara menyeluruh”

Tegasnya lagi hanya dengan perubahan fasa daripada kecaman kepada strategi inilah kita akan dapat lihat siapa yang ikhlas ingin melihat Baitulmaqdis itu benar-benar merdeka dengan mereka yang hanya menggunakan isu Palestin untuk kepentingan tertentu.

“Kita perlu mula dari sekarang, sama ada dengan perancangan bantuan ekonomi atau apa sahaja yang memberi manfaat dalam isu Palestin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 413 access attempts in the last 7 days.