Dimanakah Baitulmaqdis dalam jiwa kita?

1. Empat hari lalu adalah hari dukacita buat kaum Muslimin apabila Jerusalem (Baitul Maqdis) diisytiharkan sebagai ibu kota bagi penjajah Yahudi Israel, sedang kota ini menyaksikan perkembangan Islam dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi umat Islam.

2. Peristiwa Isra Mikraj menggambarkan betapa tingginya kedudukan Masjid Aqsa. Ianya disifatkan oleh Allah di dalam Quran sebagai bumi yg diberkati, tanah yang suci. (al-Isra: 1, al-Maidah: 21). Meneliti peristiwa tersebut, boleh sahaja Allah naikkan Rasulullah dari Mekah ke langit dunia terus. Namun Allah tentukan supaya Rasulullah perlu melalui Masjid Aqsa sebagai tanda pengiktirafan akan kedudukannya yang tinggi di sisi Allah. Di sinilah tempat Nabi menjadi Imam buat para Nabi yang lain. (hadith Muslim)

3. Usaha untuk membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman Rom dimulakan oleh Rasulullah sendiri. Sekalipun tiada nas yg sarih (jelas) berhubung perkara ini, sebahagian penyelidik melihat beberapa peperangan Rasulullah seperti Dumat al-Jandal, Mu’tah dan Tabuk adalah proses jangka masa panjang menuju ke arah pembebasan al-Aqsa. (Abdullah Ma’ruf, Bayt al-Muqaddas fi Istartijiyya al-Nabi, 2014)

4.Perjuangan ini diteruskan oleh para sahabat. Beberapa sahabat dinukilkan bersusah payah (shad al-rihal) utk sampai ke sana malah ada yg berjuang di bawah Khliafah Umar bagi membebaskan Al-Quds. Antaranya adalah: Abu Ubaydah al-Jarrah, Abd Rahman ibn Auf, Bilal ibn Rabah, Abu Hurayrah, Amru al-As, Khalid al-Walid dan ramai lagi. (Prof. Ahmad Musa Abu Yusuf, al-Ahammiyyah al-Tarikhiyyah wa al-Siyasah li al-Quds)

5. Ketika mengerah seluruh tenaganya utk membebaskan Al-Quds, Salahuddin al-Ayubi memberi amaran kepada Richard The Lion Heart (1157-1199) bahawa: Al-Quds adalah warisan kami, darinya tempat Rasulullah Mikraj ke langit, dan tempat berkumpulnya malaikat (dan para Nabi), jangan kamu fikir yang kami akan menyerahkannnya! (Sidi A’mar Sheikhna, al-Quds fi al-Zakirah al-Tarikhiyyah).

6. Sejarah menyaksikan bahawa Muslim telah berjuang habis-habisan, mengerah keringat bagi membebaskan tanah suci ini dari dibelenggu kuasa musuh. Apakah kita redha melihat Yahudi, yg pernah membunuh para Nabi, menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibukota mereka pula?

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1320 access attempts in the last 7 days.