Logikkah Rasulullah SAW yang menulis Al-Quran?

Umat Islam meyakini bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Adakah itu tepat? Bukankah tidak mustahil bahawa Muhammad itu seorang yang genius, berbakat, pakar dalam bahasa Arab dan penyair, lalu dia yang mereka cipta al-Quran?

Jawapan :
1. Para pakar dalam bidang sikologi telah bersependapat bahawa bakat dan kepintaran terhadap sesuatu perkara tidak bermula pada umur 40 tahun. Ini sama sekali bertetangan dengan kisah Baginda SAW yang diurunkan al-Quran pada umur baginda 40 tahun, dan ketika itulah Baginda mula menyebarkan al-Quran. Jika dari kecil lagi baginda telah berbakat dan genius, mengapa tidak menzahirkannya pada umur muda.

2. Baginda seorang anak yang Yatim piatu tinggal dengan bapa saudaranya yang juga miskin (Abu Talib). Jika begitu keadaan baginda sejak kecil, mengapa tidak baginda menzahirkan bakat dan kepandainnya dengan menggubah syair untuk mencari rezeki ataupun meluahkan perasaannya sebagai seorang yang susah yatim piatu dengan menggubah bait-bait syair.

3. Pernahkah kita jumpa seorang yang cerdik pandai menolak kesempurnaan dinisbahkan kepada dirinya? Baginda SAW dengan kebijaksanaannya tidak mendakwa dia yang menulis al-Quran. Hari ini semua sarjana menulis thesis dan buku dan menasabkan kepada diri mereka untuk menunjukkan kebolehan dan menyebarkan ilmu. Jika Baginda berbuat demikian, mungkin ramai yang suka dan beriman dengannya disebabkan kebijaksanaannya yang luar biasa.

4. mengapa di dalam al-Quran terdapat pelbagai ayat yang menegur baginda seperti surah A’basa. Yang menegur baginda supaya tidak berpaling daripada berdakwah kepada sesiapa sahaja dan tidak memilih dalam menyampaikan risalah. Adakah logik seorang yang menulis teguran kepada dirinya sendiri dan menyebarkannya?

5. Jika al-Quran daripada karangan baginda, mengapa baginda tidak menulis ayat al-Quran untuk menjatuhkan hukuman kepada isteri baginda sendiri Saidatina Aisyah RA sejurus selepas berlakunya peristiwa “Ifk’. Di mana Saidatina Aisyah dituduh telah melakukan perbuatan yang tidak diingini dengan seorang sahabat. Baginda menunggu selama sebulan lamanya menyendiri hinggalah turunnya ayat al-Quran membebaskan Saidatina Aisyah daripada tuduhan.

6. Penyair ataupun sasterawan menulis dan mengungkap berdasarkan kepada kecenderungan semasa, reality suasana yang berlaku, hawa nafsu. Di mana kita dapati sentiasa ada perubahan gaya penulisan, tajuk. Dan sentiasa berlakunya perbezaan antara kata-katanya yang pertama dan yang seterusnya disebabkan faktor dan keadaan mengungkap yang berbeza-beza. Tetapi al-Quran tiada satu pun ayatnya bertembung di mana-mana bahagian sama ada bahasa atau lain-lain.

7. Jika baginda seorang yang genius ingin mengubah nasib kaumnya dengan agama baharu dan ayat-ayat yang direka olehnya, nescaya baginda sepatutnya memulakan bicara dengan menyeru kepada kalimah tauhid Lailahaillah. Tetapi, al-Quran dimulakan dengan ayat pertamanya Iqra’. Walhal Baginda seorang yang tidak pandai baca dan tulis. Adakah logik baginda mereka ayat-ayat ini?.

8. Orang yang menipu sentiasa berubah-ubah kata-katanya. Apa yang disebut semalam mungkin dia telah mengubah atau melupakannya. Tetapi Baginda SAW tidak mengubah atau lupa mana-mana bahagian daripada al-Quran selama 23 tahun hidupnya menunjukkan bahawa ada kuasa yang maha Esa yang menetapkan al-Quran dalam dirinya. Walhal Baginda tidak reti baca dan tulis untuk mengulang al-Quran jika ianya ditulis sekalipun. Allah SWT berfirman :

( سنقرئك فلا تنسى )

Ertinya : kami kan membcakan (alQuran) kepadamu (Muhammad) sehingga engkau tidak akan lupa. Al-A’la 6.

9. Rasulullah SAW bukannya penyair, bahkan baginda sendiri tidak mengerti menggubah ataupun menyebut syair arab. Dalam satu riwayat Baginda ingin mengulangi satu rangkap syair yang didengari olehnya lalu tersasul dan tersalah. Abu Bakar RA ketawa dan mengungkapkan ayat al-Quran firman Allah SWT :
( وما علمناه الشعر وماينبغي له )

yang bermaksud : Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah patut baginya. Yasin 69.

Wallahuallam.

Ust Muhammad Ikram Abu Hasan

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 2379 access attempts in the last 7 days.