Pesta arak mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam

Bahaya arak adalah suatu perkara yang jelas namun ianya terserah kepada individu bukan Islam hendak meminumnya tetapi perbuatan minum secara terbuka di kalangan masyarakat seperti pesta arak Oktoberfest ini adalah perkara yang jelas ditegah oleh Syarak.

“Bukan itu sehaja, pesta arak ini akan mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati pada mata dunia”

Ahli Majlis Ulama ISMA, Dr Kamaruddin Awang Mat berkata demikian dalam satu kenyataan baru-baru ini berkenaan pesta arak Oktoberfest yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada awal bulan hadapan.

Katanya lagi bahaya serta mudarat arak ini adalah satu perkara yang amat jelas bahkan sudah terdapat banyak kajian akademik sediri membicarakan tentang bahayanya sama ada dari segi kesihatan, keluarga atau pun kehidupan bermasyarakat itu sendiri yang menjadi antara sebab pengharamannya dikalangan umat Islam.

“Jika mereka (bukan Islam) hendak terus minum arak ini maka ianya ialah hak kebebasan individu yang diiktiraf oleh Islam itu sendiri namun perkara tersebut hendaklah dilakukan dalam bentuk yang tertutup iaitu sehingga tidak membawa mudarat kepada masyarakat sekeliling”

Pesta arak berkenaan sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak dari 43 kilang di seluruh dunia.

Bagaimanapun minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

” Dalam kita menjaga keharmonian hidup bermasyarakat, sensitiviti masyarakat agama lain mesti diambilkira. Kita menghormati cara hidup mereka, sewajibnya mereka juga memahami cara hidup kita maka pesta arak sebegini tidak sepatutnya dilaksanakan” tegas beliau.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 410 access attempts in the last 7 days.