Ulama Somalia: Sekatan al-Aqsa adalah pengisytiharan perang terhadap Islam

Mogadishu, 25 Julai- Sekatan berterusan yang dilakukan rejim zionis Israel di Masjid al-Aqsa secara berulang kali jelas menunjukkan bahawa ianya satu bentuk pengisytiharan perang oleh mereka terhadap tanah suci umat Islam tersebut.

“Ianya juga adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang mulia ini!”

Syiekh Bashir Ahmad Solad, Ketua Kesatuan Ulama Somalia berkata demikian dalam satu sidang media khas mereka di Mogadishu, ibu negara Somalia.

Tambah beliau lagi kami disini mengambil berat serta bersikap cakna dengan serius terhadap apa yang berlaku di Palestin serta saudara kita disana sejak dahulu lagi.

“Maka apa yang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa pada hari ini bukanlah perkara baru, tetapi ianya adalah provokasi yang berterusan oleh rejim zionis terhadap umat Islam”

Tagasnya lagi umat Islam perlu mula sedar dan mengambil tahu akan perancangan projek rejim zionis ini serta mengambil tindakan yang sepatutnya sebelum ianya terlambat.

Ketegangan di sana melonjak selepas rejim Israel memulakan langkah ketat memasuki kawasan kompleks Masjid al Aqsa dengan memasang beberapa kamera serta pagar elektronik yang dilengkapi dengan alat pengesan logam.

Alat pengesan logam itu dipasang di pintu Masjid Al-Aqsa berikutan serangan oleh tiga pemuda Palestin yang membunuh dua pegawai polis rejim Zionis.

Langkah itu mencetuskan kemarahan umat Islam di Palestin serta seluruh dunia yang membawa kepada pertempuran dengan rejim Israel sehingga dua pemuda negara itu terbunuh, dan ratusan yang lain cedera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 2378 access attempts in the last 7 days.